Kuih Tradisional Sarawak

Kongsikan Warisan Tradisi Kuih Tradisional Sarawak kepada anak-anak agar warisan ini dilupakan jangan. Berikut adalah antara Kuih Tradisional Sarawak yang selalu dihidangkan kepada tetamu sewaktu kenduri atau jamuan di Sarawak.

Gula mitai dikenali sebagai gula kapas versi Sarawak. Ia dibuat dengan gula lebur, kemudian ditarik dan dilipat ketika menyejuk untuk membentuk satu acuan. Rasanya tidak jauh seperti gula kapas, menjadi cair setelah masuk ke dalam mulut tetapi tekstur nya lebih kasar dibanding dengan gula kapas.
Kuih cincin merupakan kuih tradisional masyarakat melayu di Borneo. Diperbuat daripada gula, gula nipah / apong, tepung beras, air dan minyak masak. Bentuk kuih cincin diadunkan seperti bunga sebelum ianya dicelup ke dalam tepung beras dan digoreng. Kuih cincin sangat rangup kerana di celup ke dalam tepung beras dan digoreng dua kali.
Kuih jala diperbuat dengan menggunakan gula apong yang dicairkan yang dicampur bersama tepung beras dan air sehingga menghasilkan adunan yang cukup cair untuk ianya dapat menembusi bekas yg berlubang-lubang kecil bagi menghasilkan titisan adunan tersebut menyerupai bentuk seperti jala setelah dimasukkan ke dalam minyak yang panas.
Sama seperti kuih bangkit tetapi warnanya lebih pudar dan dihiasi bijan. Kerangupan Kuih Gigit Manis akhirnya cair di dalam mulut membawa perisa kemanisan seperti namanya.
Menyerupai roti biskut bayi kerana teksturnya yang lembut dan menjadi cair apabila di makan. Kuih ini menggunakan tepung beras untuk mengecapi rupa bentuknya yang keras dan sepur.
Keunikan kuih cina adalah ianya bukanlah buatan masyarakat cina. Kuih Cina adalah biskut tradisional buatan masyarakat Melanau di Sarawak. Ianya menjadi kegemaran kerana ekstrak daun pandannya yang menyelerakan. Bahan-bahan untuk menyediakan kuih ini adalah beras, kelapa kering, kerisik, gula dan bau pandan. Adunannya akan dibentuk mengikut acuan pilihan sendiri.
Kuih cap diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan kelapa. Namanya yang dipanggil sedemikian oleh kerana adunan nya yang dicap dengan acuan berbentuk bunga dan dicelup ke dalam minyak panas sehingga ianya menjadi kering dan rangup. Rasanya yang lemak manis sesuai untuk dimakan pada waktu waktu minum petang.
Juga dikenali sebagai kuih deram atau kuih pederam, bezanya adalah ada yang meletakkan bijan-bijan untuk menghiasi kuih tersebut dan ada yang kosong. Bahan utama kuih ini adalah tepung beras, tepung gandum, gula apong dan gula pasir. Peranan gula apong akan memberi keenakan berlemak manis dan memberikan warna yang gelap pada kuih ini,
Kuih Bangkit adalah kuih tradisional yang berperisa kelapa. Kuih ini mempunyai tekstur yang sepur, ianya akan cair di dalam mulut tanpa digigit. Cara membuatnya adalah dengan menggunakan tepung ubi, tepung sagu, santan, gula icing dan telur. Kemudian ianya dibakar ke dalam oven selepas diadun menjadi acuan seperti bunga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here