Saksikan perayaan-perayaan unik dan aneh di Sarawak!
Dikemaskini 18 Oktober 2019
Sarawak Bumi Kenyalang, di mana suku kaum meraikan pelbagai perayaan sepanjang tahun yang mempamerkan budaya orang asli Sarawak.
Berikut ialah 5 perayaan unik yang diraikan di Sarawak.
1. Pesta Benak

Benak ialah fenomena istimewa di mana air pasang berlaku dengan ombak. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan mengikut air pasang besar (King Tide). Di Pesta Benak anda boleh saksikan aksi meluncur di atas benak di tebingan bandar Sri Aman.
Tarikh: 25 – 27 Oktober 2019
Tempat: Sri Aman, Sarawak
Note: Pesta Benak telah dijadualkan pada 27-29 September 2010 namun ditunda atas sebab jerebu di Sri Aman

2. Pesta Lun Bawang (Irau Aco)

Pesta Lun Bawang adalah himpunan terbesar bagi komuniti Lun Bawang di Sarawak. Di pesta ini terdapat paparan budaya Lun Bawang seperti muzik, tarian, kraftangan dan makanan kaum Lun Bawang. Di sini, anda boleh saksikan persembahan angklung dan nguip suling (seruling buluh).
Tarikh: 31 Mei – 2 Jun 2019
Tempat: Lawas, Sarawak
3. Pesta Babulang

Pesta Babulang ialah pesta kaum Bisaya di Batu Danu, Limbang. Tarikan utama pesta ini semestinya lumba kerbau di mana kumpulan dari Limbang, Sabah dan Brunei akan cuba bersaing semasa sendiri untuk menjuarai lumba kerbau.
Tarikh: 7 – 9 Jun 2019
Tempat: Limbang, Sarawak
4. Pesta Kaul

Pesta Kaul ialah pesta tradisional yang disambut oleh kaum Melanau dan merupakan pesta terpenting dalam kalendar tradisional orang Melanau di Sarawak. Tarikan utama di pesta Kaul ialah bermain dengan tibau, iaitu buaian yang besar.
Tarikh: 20 – 28 April 2019
Tempat: Mukah, Sarawak

5. Pesta Bung Bratak

Pesta Bung Bratak ialah festival yang bertujuan untuk menyambut kebudayaan dan tradisi Bidayuh. Festival ini disambut dengan perarakan ‘Dayung Sangon’ dan tarian kebudayaan khas oleh Bidayuh dengan Iban dan Orang Ulu.
Tarikh: 1 Mei 2019
Tempat: Bung Bratak Heritage Centre, Bau, Sarawak
[…] Ingin nak travel ke Sarawak? Jom lawati Sarawak ketika ada perayaan unik seperti di dalam pautan ini: 5 Perayaan Unik Di Sarawak. No. 3 Paling Aneh! […]
[…] Rancang percutian anda ke Sarawak dengan melihat kalendar festival Sarawak. Kenali 5 perayaan unik di Sarawak anda harus alami dengan mata sendiri. […]
[…] Baca lagi artikel menarik mengenai >>> 5 Perayaan Unik Di Sarawak. No. 3 Paling Aneh! […]