Yang mana satu anda pernah makan?

Di samping mempunyai pelbagai makanan hidangan tempatan yang unik, Sarawak juga mempunyai buah-buahan eksotik yang menjadi kegemaran penduduk tempatan.

Berikut ialah 15 buah eksotik yang terdapat di Sarawak.

1. Buah Engkalak

Buah ini adalah salah satu tumbuhan daripada keluarga yang sama kepada Avocado. Ia mempunyai rasa yang masam dan kelat, enak di makan dengan garam halus atau dicecah dengan kicap bagi yang menggemar buah ini.

 

2. Buah Dabai

Antara buah yang paling digemari penduduk tempatan Sarawak. Ia selalu dijadikan sebagai salah satu lauk semasa makan nasi. Buah dabai yang masak, dalamnya berwarna puting kekuningan dan rasanya tawar tetapi berlemak.

 

3. Belimbing Api

‘Belimbing api’, sesuai dengan rupanya yang berwarna merah.┬áRasa buahnya masam-masam manis. Selain daripada isinya dimakan begitu sahaja, penduduk tempatan juga menjadikan ia sebagai jeruk.

 

4. Buah Kristal

Buah kristal mempunyai persamaan dengan buah longan atau buah laici, iaitu rupa isinya dan rasanya yang manis dan berlemak, tetapi bersaiz lebih besar. Walaupun isinya lembut, kulitnya pula keras dan perlu diretak untuk membukanya.

 

5. Buah Kelampai

Buah kelampai atau juga dikenali sebagai buah perah. Buah ini semestinya sedap tetapi haruslah disediakan melalui proses yang betul kerana ianya merupakan buah yang beracun.

 

6. Buah Langgir

Buah ini mempunyai rasa yang manis apabila ia masak. Sebelum masak, warnanya hijau dan setelah masak, warnanya akan menjadi hijau kekuningan. Kulitnya pula mempunyai banyak kegunaan tradisional oleh penduduk tempatan Sarawak.

 

7. Buah Tampoi

Buah yang paling rare dan terhad di pasaran kerana hanya berbuah tujuh tahun sekali. Walaupun mempunyai kulit yang tebal, isi buah tampoi ini adalah lembut dan ia mempunyai rasa yang manis berlemak.

 

8. Buah Salak

Salah satu buah eksotik yang popular dalam kalangan penduduk tempatan Sarawak. Dikenali dengan panggilan snake fruit kerana kulitnya yang bersisik seperti kulit ular. Isi buahnya pula mempunyai rasa yang manis tetapi sedikit kelat.

 

9. Buah Bambangan

Orang Sarawak juga panggil buah ini sebagai buah mawang. Oleh kerana ianya satu keluarga dengan buah mangga, rasa dan rupa isi buah nya pun lebih kurang sama dengan isi buah mangga, iaitu berwarna kekuningan dan masam manis.

 

10. Buah Pulasan Hijau


Nama buah pulasan berasal dari perkataan pulas kerana hanya perlu dipulas untuk mendapatkan isinya untuk dimakan. Buah ini menyerupai rambutan dan isinya pun sesedap rambutan, iaitu manis tetapi kulit nya adalah lebih kasar.

 

11. Buah Terap

Selain isinya yang boleh dimakan sebegitu sahaja, isi buah tarap yang masak juga boleh dijadikan dalam adunan tepung untuk membuat cucur dan kuih. Buah tarap yang mentah pula boleh dipotong kecil-kecil untuk dimasak gulai.

 

12. Durian Isi Merah

Dikenali sebagai durian hutan, buah ini hanya didapati dalam hutan tebal dan liar. Ia mempunyai isi yang lebih manis dan berlemak daripada durian biasa. Keistimewaan ialah buah ini dikatakan tidak terlalu bergas seperti durian yang lain.

13. Durian Isu

Durian isu mempunyai permukaan duri yang lebih panjang dan tirus daripada durian biasa. Isinya pula lebih berwarna kejinggaan dan mempunyai tekstur yang lebih lembut. Walaupun rasanya lebih kurang sama dengan durian biasa, tetapi aroma gas nya dikatakan lebih kuat.

14. Durian Pakan

Durian pakan menyerupai durian biasa tetapi luarannya berwarna jingga kekuningan seperti isinya juga. Durian pakan dikatakan mempunyai rasa yang sama seperti durian isu tetapi lebih manis dan aroma gas buah ini tidaklah sekuat durian isu.

15. Durian Kulit Merah

Selain daripada durian berisi merah, terdapat juga durian yang berkulit merah. Luarannya sangat unik kerana warna nya yang merah. Walaupun luarannya lain, isinya seperti durian biasa dan juga mempunyai rasa yang sama.

Dalam banyak-banyak buah eksotik ini, yang mana telah anda lihat atau cuba? Kongsikan pengalaman anda dengan kami!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here