Pembuatan tuak merupakan tradisi yang telah diamalkan oleh  sejak turun-temurun lagi. Ikuti cara-cara penyediaan tuak (rice wine) tradisional Sarawak.

Pembuatan ini amat terkenal di Sarawakdengan penghasilan tuak tradisional. Tuak ialah sejenis minuman yang diperbuat daripada proses penapaian pulut.

Tuak juga boleh dihasilkan melalui tumbuhan seperti nira kelapa, nira tar, nira enau atau kabung, nira nipah, tebu dan buah nanas. Selain itu, tuak juga boleh dihasilkan melalui tapai ubi kayu. Tuak penting sebagai bahan utama dalam upacara ritual dan hari perayaan seperti Hari Gawai Dayak.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Selain Bunga Terung, Ini 4 Jenis Tatu Yang Sering Digunakan Oleh Orang Iban Dan Maknanya

Berikut ialah proses membuat tuak dari Sarawak secara tradisional. Terima kasih kepada Bad Cat Tuak kerana sudi berkongsi proses membuat tuak.

Bahan-bahan:

Beras pulut
Ragi (bebola yis)
Air gula

Cara penyediaan:

 

1. Bersihkan beras pulut dengan air.

Sebelum pembuatan tuak, beras pulut dibersihkan.

2. Masak beras pulut dan gaul supaya tidak hangus.

Pembuatan ini juga perlu memastikan beras pulut digaul dan tidak hangus.

3. Beras pulut dibiarkan agar sejuk.

pembuatan ini juga memastikan beras pulut di sejukkan.

4. Tumbuk ragi hingga lumat.

Ragi hendah ditumbuk hingga lumat sepanjang pembuatan tuak.

5. Pastikan bekas ragi tidak tercemar oleh bahan lain untuk hindari bakteria.

6. Campurkan beras dengan ragi.

7. Adunkan beras dengan ragi hingga sekata.

8. Simpan ke dalam tajau (tempayan). Secara alternatif, gunakan bekas biasa kerana tempayan berisiko untuk mudah pecah.

9. Ikat dan tutup tajau dan peram selama 2 minggu.

10. Campurkan dengan air gula selepas 2 minggu diperam.

11. Tapis beberapa kali selepas peram untuk menghasilkan tuak yang jernih.

12. Ikat dan tutup kembali tajau dan simpan selama 2 minggu.

Tuak akan di ikat dan tutup kembali.

13. Simpan di tempat yang tidak terdedah dari panas dan cahaya. Simpan dan peram 1 hingga 3 bulan.

Tuak akan diletakkan dalam tajau.

14. Tapis dan tukar bekas tapaian beberapa kali selepas berlaku mendapan untuk menghasilkan tuak yang jernih.

Pembuatan tuak ini perlu tapis dan tukar bekas tapaian.

15. Tuang dan hidangkan tuak ke dalam gelas kecil. Ngirup!

Pembuatan tuak yang sudah siap boleh dihidang buat tetamu.

 

Nak tahu lebih lanjut bagaimana membuat sajian yang best di Sarawak? Tontoni proses membuat lemang yang popular di Kuching, Sarawak, iaitu Lemang Wak Matang di pautan ini : Cara Memasak Lemang Sarawak | How It’s Made

How It’s Made ialah siri web oleh SukaSuka mengenai proses pembuatan produk Sarawak yang unik. Tontoni video How It’s Made lain di YouTube kami: How It’s Made Playlist | SukaSukaMY

Rujukan:
Angelane Mula Bunyau. (2017). Tradisi Pembuatan Tuak Dalam Masyarakat Iban. Dimuat turun daripada conference.kuis.edu.my

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here