Kira-kira 90 jenis makanan tradisi pelbagai kaum dan etnik Sarawak akan ‘dihidangkan’ kepada orang ramai di Pesta Makanan Warisan Sarawak 2019. Pesta tersebut diadakan di sepanjang jalan India Street Predestrian Mall sehingga Kai Joo Lane bermula dari pukul 7.00 malam dari 11 Oktober 2019 (Jumaat) hingga 13 Oktober 2019 (Ahad).

Pesta tiga malam itu akan menampilkan pelbagai jenis makanan dari komuniti Melayu, Melanau, India, China, Dayak dan Orang Ulu. 

Nikmati 90 Jenis Makanan Tradisi Sarawak Di Pesta Makanan Warisan Sarawak
Nikmati 90 Jenis Makanan Tradisi Sarawak Di Pesta Makanan Warisan Sarawak
Kredit: Bernama

Selain makanan-makanan menarik, para pengunjung juga akan dapat menyaksikan pelbagai demonstrasi masakan, di samping menyertai bengkel penyediaan makanan.

Pesta ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kesenian dan Warisan Masakan Sarawak dan Persatuan India Street Predestrian Mall.

Nak cari port Mee Jawa yang best di Kuching? Baca artikel ini : 6 Mee Jawa Yang Wajib Dimakan Di Kuching

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here