Nak Makan Mee Kolok Paling Top Di Kuching? Ini recommendation kami!

Mee kolok ialah antara menu pilihan orang Kuching untuk sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper. Berikut ialah Top 6 Mee Kolok di Kuching yang anda perlu cuba.

1. Mee Kolok Haji Salleh, Sepinang Sari Cafe

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Anak Pak Ali nikah Mat Salleh,
Mee kolok popular milik Haji Salleh.

Semestinya antara mee kolok yang paling popular di Kuching, Sepinang Sari Cafe sentiasa penuh dengan pengunjung pelancong dan orang tempatan yang ingin mencuba Mee Kolok Haji Salleh.

Alamat: Lot 206, Section II, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak
Tel: 082-422206
Waktu operasi: 5.30 pagi – 1.00 petang, setiap hari kecuali Selasa pada minggu pertama, ke-2 dan ke-3

2. Warong Mee Kolok Kak Bedah

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Mak admin minat ND Lala,
Mun gi Kak Bedah order Godzilla.

Menggunakan resipi keluarga sejak 11 tahun lalu, Mee Kolok Kak Bedah adalah antara gerai yang paling laris di sederet warong di Matang Jaya. Pesan sekali teh tarik legend sebagai pelengkap menu.

Alamat: Warung Penjaja Sementara Matang Jaya, Lorong Matang Jaya 1, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak (Belakang Matang Mall, berdepan Taka Bakery)
Tel: 011 369 61985 (Pn. Anis) / 010 960 5107 (Abg GG)
Waktu operasi: 5.00 petang – 10.00 malam, Isnin – Sabtu (Ahad tutup)

Saksikan video Mee Kolok Kak Bedah:

https://www.facebook.com/344247006413260/videos/2190551271260713/

3. Mee Kolok Mangkuk Merah

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Youtube resipi dagin dendeng,
Mee kolok nyaman ada di Benteng.

Nama dan ‘signature’nya datang dari hidangan mangkuk berwarna merah. Daging dimasak hitam manis.

Alamat: Stall No. 53 Mee Kolok Mangkuk Merah, Medan Niaga Satok (Block E – Benteng), 93050 Kuching, Sarawak
Tel: 014-876 8568 (Eyhan)
Waktu operasi: 10 malam – 2 pagi, dibuka setiap hari

4. Mee Kolok Adi Warong Padang Asli

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Mun ke Thailand ucaplah “Sawadee”,
Mun ke Kuching makanlah mee Adi.

Mee kolok dihidang bersama tulang daging yang ooomph!

Mee Kolok Adi
Alamat: Lorong Satok 9, 93400 Kuching, Sarawak

5. Mee Kolok Tang, Kampung Patingan

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Ada mee kolok di Kampung Patingan,
Menjadi hidangan harian idaman.

Mee Kolok Tang
Kampung Patingan Alamat: 5, Jln Tanjung, Kampung Patingan, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 7.00 pagi – 6 petang, Selasa-Ahad (Isnin tutup)

6. Mee Kolok Pak Amit Cafe

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Di hujung kaki namanya tumit
Berjilat sampe hujung jari, ya lah Mee Kolok Pak Amit

Mee Kolok Pak Amit
Alamat: 361-540, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak
Tel: 014-990 1515
Waktu operasi: 7 pagi – 12 tengah malam, dibuka setiap hari

Siapa yang nak cuba mee kolok di Kuching tek?

https://gph.is/2zqOEwK
Aok lah tauk tok spaghetti tapi admin sikpat carik gif mee kolok bah 🙁

Nak cuba sajian tradisional Sarawak yang lain? Jom tengok senarai Top 6 Laksa Sarawak dari kami: Top 6 Laksa Sarawak Di Kuching

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here