https://www.facebook.com/SukaSukaMY/videos/555908305181369

Ingin mencari sushi murah? Kini anda tak perlu lagi tunggu promosi khas untuk menikmati sushi murah. Satu premis makanan Jepun di Kuching, Sushi Jiro di Vivacity Megamall menawarkan sushi pada harga RM3 sepinggan!

Dengan syarat anda makan lebih daripada 10 pinggan, setiap menu sushi ialah RM2.99.

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!
Banyak naaa pilihan! Susah mok pilih sigek ne.

Harga biasa ialah RM3.29 (masih murah) dan harga ini tidak termasuk 10% caj perkhidmatan dan 6% GST).

Setiap menu sushi ialah RM2.99, dengan syarat anda makan lebih daripada 10 pinggan

Selain sushi, ramen juga terdapat dalam menu Sushi Jiro (tapi RM9.39 semangkuk lah, bukan RM3)

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!
Tak semua RM3 ye geng, lingkup Sushi Jiro nanti

Bagi pelanggan beragama Islam, Sushi Jiro belum mendapat pengesahan sijil halal dari Jakim. Selain itu, semua produk daging datang dari pengedar halal. Berikut ialah penjelasan pihak Sushi Jiro:

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!

Antara menu di Sushi Jiro yang mengandungi alkohol ialah chicken katsu appetizer, takoyaki, chicken katsu sosaku, shoyu ramen, miso ramen, dan spicy miso ramen.

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!

Nak sushi murah? Jom serbu Sushi Jiro di Vivacity Megamall.

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!

Sushi Jiro
Alamat: Lot L3-027 & 0-28, Level 3, Vivacity Megamall, 93350 Kuching
Waktu operasi: 10 pagi-10 malam, setiap hari
Status: Pork-free
Facebook page: Sushi Jiro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here