DJI Mavic Mini Kini Rasmi. Dron Hanya Sebesar Telapak Tangan!

95

Perkenalkan Dron DJI yang terkecil dan paling ringan

Dron padat DJI Mavic Mini akhirnya dilancarkan secara rasmi. Dengan berat sejumlah 249g, Mavic Mini ialah dron yang paling ringan dibina oleh DJI, iaitu hampir setengah berat Mavic Air.

Di Amerika Syarikat, dron yang beratnya 250g atau lebih perlu didaftar di bawah The Federal Aviation Administration (FAA). Ini bermakna Mavic Mini boleh terbang tanpa memerlukan permit.
 

Bagi Malaysia pula, pemilik dron hanya perlu permit daripada Civil Aviation Authority (CAA) sekiranya berat dron melebihi 20kg. Selain itu, dron di Malaysia tidak boleh terbang melebihi 120m.

DJI Mavic Mini dilengkapi kamera sebesar 12-Megapixel dengan sensor 1/2.3″ dipadankan dengan lensa 24mm f/2.8. Kemampuan merakam video ialah sehingga 2720×1530 pixel 30FPS atau 1080P 60FPS. Dengan bateri sebesar 2400 mAh, masa penerbangan sehingga 30 minit boleh dicapai. Jarak kawalan alat jauh pula adalah sehingga 4 km.

DJI Mavic Mini dijual pada harga USD399 (~RM1667) untuk kit asas iaitu alat kawalan jauh, 1 bateri dan kipas tambahan. Terdapat juga pek kombo “Fly More” yang dijual pada USD499 (~RM2084) yang datang dengan 3 bateri, 3 set kipas tambahan, pelindung kipas, alat kawalan jauh, bekas simpanan, dan hab pengecas tambahan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web DJI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here