Jangan cepat percaya apa yang tular di media sosial!

Baru-baru ini sebuah video telah tular di WhatsApp yang memaparkan seorang lelaki yang sedang makan di sebuah restoran tiba-tiba ditembak mati oleh dua orang lelaki dengan pistol.

Ramai yang menyangka kes tesebut berlaku di Sibu, Sarawak. Namun pencarian di Google menunjukkan kejadian tersebut sebenarnya terjadi di sebuah restoran di Guayaquil, Ecuador.

Laman sesawang hoodsite.com melaporkan penyanyi Promedio 20 yang bernama Jorge Fernando Lino Macas telah ditembak mati ketika sedang makan dengan dua orang rakannya di sebuah restoran makanan laut di Guayaquil.

Mangsa Jorge Fernando Lino Macas telah ditembak mati di sebuah restoran makanan laut di Ecuador. Kredit: en24.news

Video selama 30 saat itu menunjukkan Lino atau nama samarannya Vanilla, sedang menjamu selera bersama kawannya sebelum dikunjungi oleh dua orang lelaki bersenjata dan melepaskan sekurang-kurangnya 15 das tembakan ke arah kepala Lino. Dua orang lain tercedera dalam tembakan tersebut.

Saat sebelum Lino ditembak mati. Kredit: CEN

Mengikut laman tersebut, Lino mempunyai sejarah jenayah yang luas. Beliau telah didakwa atas kes pembunuhan dan penyeludupan dadah.

Pada Oktober 2018, Lino dan tiga orang suspek lain telah ditahan bersama 741 kg kokain.

Pada 22 Ogos 2019, tiga suspek tersebut telah dihukum penjara 10 tahun tetapi hakim telah mengisytiharkan Lino tidak bersalah.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here