Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Pulak Nampak Di Angpau?

Sambutan Tahun Baru Cina sudah pasti di raikan dengan penuh meriah. Kunjungan sanak saudara, rakan taulan yang berbilang bangsa mengeratkan lagi silaturahim dan perpaduan sesama kaum.

Biarpun sambutan Tahun Baru Cina adalah antara perayaan utama di Malaysia, namun ramai yang mungkin masih tidak mengetahui simbolik di sebalik setiap adat resam dan tradisi ketika Tahun Baru Cina.

Mengikut kepercayaan orang Cina, terdapat 9 pantang larang yang perlu diamalkan untuk mendapat lebih tuah dan kemakmuran untuk tahun baru.

1. Memberi Angpau Dalam Jumlah Genap

Duit dalam angpau biasanya mesti berjumlah genap. Genap membawa maksud yang lebih sempurna. Elakkan memberi angpau dalam jumlah yang ganjil.

Ang Pau

2. Elakkan Memakai Pakaian Hitam Atau Putih

Kerana hitam atau putih ialah warna berkabung. Tema tahun baru cina pastinya merah dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah.

Baju warna hitam ialah no-no bagi Tahun Baru Cina

3. Dilarang Makan Bubur

Masyarakat Cina perlu mengelak makan bubur kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu makan bubur untuk sarapan.

Janganlah bawa bubur ayam McDonalds sebagai buah tangan. Lebih elok membawa hamper atau buah-buahan.

4. Adab Menggunakan Penyepit

Jika anda dijemput makan semeja, janganlah cucuk penyepit pada mangkuk nasi keadaan menegak. Ini kerana ia kelihatan seperti membakar setanggi untuk memperingati orang yang sudah tiada.

5. Jangan Menyapu

Keluarga kaum Cina kebiasaannya akan membersihkan rumah sebelum perayaan sebelum masuk tahun baru dengan  membuang segala barang lama bukan sahaja secara fizikal tetapi dari segi fikiran  dan pengalaman lama yang tidak baik, menyakitkan hati atau tidak membawa tuah.

Bagaimanapun mereka dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dipercayai akan menghalau tuah.

Kalau anda terjatuhkan makanan seperti kuih, jangan pandai-pandai nak menyapu kerana korang akan menyapu semua nasib baik dan kekayaan tuan rumah.

Kalau tertumpah biskut, jangan pandai-pandai nak sapu sebab korang akan sapu semua nasib baik tuan rumah.

6. Jangan Pinjam Duit

Jangan pinjam duit tetapi dialu-alukan untuk membayar duit yang anda pinjam!

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hutang harus dilangsaikan sebelum malam Tahun Baru Cina supaya si penghutang tidak terbeban dengan hutang sepanjang tahun.

Pesanan khidmat masyarakat: Kalau boleh jangan lah pinjam duit dari sesiapa, tak kira Tahun Baru Cina atau hari-hari biasa ye.

7. Tidur Lambat

Mengikut adat tradisional masyarakat Cina, semua penghuni rumah wajib tidur lambat bagi menyambut kedatangan Tahun Baru. Adat ini dipercayai memanjangkan usia orang tua mereka.

Wajib tidur lambat? Seronok la budak-budak.

8. Jangan Pecahkan Barang

Jangan pecahkan barang seperti pinggan, pasu, cawan atau mangkuk. Perbuatan ini menyebabkan tuan rumah kehilangan kekayaan.

Masyarakat Cina juga akan mengelak daripada bercakap kasar atau kesat pada hari perayaan tersebut kerana dipercayai membawa malang.

Contohnya, jika ada tetamu terlanggar barang dan menyebabkan ia pecah tanpa sengaja, kaum Cina kebiasaannya akan mengatakan yang baik-baik sahaja iaitu pecah itu mungkin petanda tuah (pemanis mulut).

Hati-hati langgar atau jatuh barang tuan rumah ketika menyambut Tahun Baru Cina.

9. Beri Limau Mandarin Dan Epal Kepada Tetamu

Buah limau mandarin yang dipanggil “kam” dalam bahasa Kantonis bermaksud emas. Buah limai ialah kewajipan setiap Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua.

Limau mandarin atau “kam”

Begitulah 9 pantang larang yang perlu diamalkan untuk mendapat lebih tuah dan kemakmuran untuk tahun baru.

Hakikatnya, setiap kaum mempunyai kepercayaan masing-masing dan penting bagi kita untuk menghormati amalan dan kepercayaan kaum lain.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here