Kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang disyaki dijangkiti coronavirus dan dilarikan ibu bapanya yang mengelak kuarantin di hospital JB, sudah ditahan semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, juga mengesahkan laporan polis yang dibuat seorang doktor Hospital Sultanah Aminah (HSA) awal pagi semalam mengenai kejadian itu yang tular di media sosial malam tadi.

“Ya, malam tadi mereka sudah ditahan semula di lapangan terbang dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi tindakan lanjut, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu sebelum penahanan semula, lapor Harian Metro semalam, kanak-kanak tersebut disyaki mempunyai simptom koronavirus.  Difahamkan, kanak-kanak itu datang ke hospital awam pada jam 10.18 malam selepas disarankan hospital swasta kerana dia mempunyai simptom influenza seperti demam, batuk dan demam kejung. Tetapi pasangan itu tidak mengakui perkara itu.  Selepas diperiksa, doktor mengesahkan pesakit itu mempunyai demam virus yang dipercayai koronavirus, lalu memaklumkan kepada pasangan itu bahawa anak mereka perlu dipindahkan ke hospital awam lain untuk dikuarantin dan siasatan lanjut.  Tetapi pasangan itu enggan berbuat demikian atas alasan mereka perlu pulang ke China dan sudah menempah tiket penerbangan ke negara itu yang dijadualkan berlepas pada jam 10 pagi hari ini. 


Pihak hospital menjelaskan, pihak berkuasa di lapangan terbang tidak akan membenarkan mereka berbuat demikian kerana suhu badan anaknya yang tinggi. Pasangan itu tetap berdegil dan mahu anaknya dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja.  Disebabkan kedegilan pasangan itu, doktor terpaksa membuat laporan polis. 

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here