Penyanyi kelahiran Borneo, Tasha Jay menyanyi di pentas antarabangsa!

Nortasha Dayang, atau nama pentas iaitu Tasha Jay telah mengegarkan pentas menerusi “The Voice of Switzerland” tiga hari yang lepas.

Tasha Jay yang berasal dari Miri, Sarawak telah menetap bersama keluarganya di Bottmingen. Dia mula bernyanyi lagu pertamanya ketika dia berumur dua tahun iaitu “We Will Rock You” oleh Queen. Tasha Jay juga merupakan bekas pemain ragbi untuk pasukan kebangsaan Malaysia dan telah menjadi pemain ragbi terbaik pada tahun 2010.

Tasha Jay bukan sahaja berbakat dari segi nyanyian, dia juga mempunyai ilmu pengetahuan dalam seni bina hutan dan landskap.

Dia pernah cuba untuk menyertai “The Voice of Germany” tetapi malangnya tidak berjaya pada masa lalu. Bagi memenuhi hasrat terakhir adik lelakinya yang telah meninggal dunia, dia berjanji akan meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.

Dalam “The Voice of Switzerland”, Tasha Jay telah menyanyikan lagu gubahan Whitney Houston berjudul “I have Nothing”. Lagu ini disampaikan khas buat arwah adik lelakinya kerana dia tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali yang terakhir. Tasha Jay telah berjaya mengagumkan para juri dan juga semua penonton yang menyaksikan persembahannya.

https://www.youtube.com/watch?v=CxQW31DMY0I&app=desktop

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here