Apakah maksud singkatan COVID-19?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi nama rasmi baharu bagi wabak koronavirus. Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata nama yang dipilih ialah COVID-19 sebagai singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit.

Nama rasmi dipilih bagi mengelak rujukan terhadap satu lokasi geografi tertentu, spesies haiwan atau sekumpulan orang bagi mengelakkan stigmatisasi terhadap bandaraya Wuhan.
Murid-murid kelas pendidikan khas, SK Petra Jaya dikuarantin di Kuching
Manakala, kes di Kuching iaitu murid-murid kelas pendidikan khas, SK Petra Jaya telah dikuarantin di rumah selama dua hari bagi langkah awal pencegahan wabak koronavirus atau COVID-19.

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Dr Azhar Ahmad berkata arahan kuarantin itu dikeluarkan selepas ahli keluarga seorang murid kelas ini demam selepas kembali dari Singapura. Dr Azhar Ahmad juga memberitahu tempoh kuarantin bergantung dengan nasihat Jabatan Kesihatan.
Menurut sumber Utusan Borneo Online, Sarawak masih bebas COVID-19 setakat ini.
Baca lagi artikel menarik Hospital Khas Koronovirus Siap dalam 6 hari di China >>