Kaum minoriti, pengasas bandar Miri.

Kaum Jatti Miriek merupakan antara kaum minoriti yang berasal dari Sarawak. Mereka merupakan antara masyarakat yang terawal yang menetap di sepanjang sungai Miri. Sebelum kedatangan Islam, kaum ini mengamalkan kepercayaan Pagan.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri, teks yang berkata 'ETNIK MIRIEK SARAWAK, BORNEO BORNEO ORACLE'
Sumber: Borneo Oracle

Menurut legenda, kaum ini pada dahulunya terpaksa berpindah dari pedalaman sungai Miri ke pantai akibat daripada perang peluasan wilayah kaum Kayan yang disebut sebagai “Perang Kayau”. Justeru itu, mereka sering ditindas dan terpaksa berpindah-randah dari Apo Kayan sehingga ke kawasan Baram dan turut membuka kawasan di Sungai Miri. Etnik ini mempunyai populasi seramai 50,000 orang (2014) dan kebanyakannya di sekitar kawasan Miri, Sibuti, Niah Bakong dan Marudi.

Sumber: Google maps

Sosioekonomi kaum Jatti Miriek

Seterusnya, etnik ini mengamalkan kegiatan ekonomi tradisional untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka seperti amalan penanaman padi di sekitar bahagian utara Sarawak iaitu di Berawan manakala di Long Kapit pula giat menjalankan aktiviti menangkap ikan, memburu dan menjerat.

Sumber: Google
Sumber: Google

Etnik ini menggunakan dialek dari Baram yang dikenali sebagai Bahasa Tuttot Meirek. Ia merupakan bahasa tertua di dunia yang telah berusia sekitar 300 – 400 tahun dahulu. Namun begitu, kebanyakan mereka menyerupai kaum melayu disebabkan oleh proses asimilasi dalam masyarakat terutamanya melalui perkahwinan campur dan kepercayaan agama. Oleh hal yang demikian, mereka lebih selesa menggunakan dialek Melayu Sarawak kerana dianggap lebih senang. Justeru itu, etnik ini agak sukar dibezakan dengan kaum Melayu Sarawak yang asli.

Adat perkahwinan etnik Jatti Miriek

Seperti yang diketahui akibat proses asimilasi Etnik Jatti Miriek ini mempunyai banyak persamaan dengan kaum Melayu Sarawak begitu juga dengan adat perkahwinan yang diamalkan oleh mereka. Ia tidak jauh beza dengan upacara perkahwinan kaum Melayu. Lantas apa yang membuat adat perkahwinan etnik ini berbeza dan unik daripada yang lain adalah tradisi perkahwinan mereka di buat secara berperingkat iaitu daripada sebelum, semasa dan selepas berkahwin.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang adat perkahwinan etnik ini sila lihat di artikel seterusnya yang pasti mengandungi banyak lagi info-info yang menarik untuk dikongsi bersama pada masa akan datang.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here