Ramai yang tertekan dengan kos sara hidup tinggi, anda boleh cuba 5 cara buat ‘duit tepi’.

1. Ejen Dropship

Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes, mereka pasti mahu bisnes yang meminimakan modal. Droship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal.

Image result for dropship
Sumber:Google

Dengan adanya platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter telah memudahkan lagi urusan bagi individu yang ingin menjadi ejen dropship. Bagi yang ingin mencuba, ini adalah satu peluang menjana pendapatan alternatif yang fleksibel terutamanya bagi golongan yang bekerja.

Ejen dropship perlu menyokong terutamanya mempromosikan produk tempatan terutamanya Bumiputera. Produk tempatan memerlukan jaringan pasaran yang luas untuk bergerak, dan kuncinya adalah melalui ejen. Tambahan lagi, produk tempatan kurang dikenali berbanding dengan produk dari luar.

Tanpa sebarang modal, jadual fleksibel dan tiada sebarang risiko.

2.Grab/Mycar

Grab/Mycar adalah satu revolusi dalam dunia perkhidmatan digital masa kini, terutamanya untuk individu yang tinggal di kawasan bandar dan kawasan tumpuan orang ramai.

Image result for mycar
Sumber:Google

Anda juga boleh membuat duit dengan perkhidmatan Grab atau MyCar dengan kenderaan sendiri. Hasil daripada membuat perkhidmatan tersebut, ia boleh dijadikan duit tambahan untuk menampung kos harian. Malahan, duit terebut boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.

Sambutan dan penerimaan orang ramai mengenai perkhidmatan Grab/MyCar juga amatlah memberangsangkan daripada pengguna.

Komisyen yang dibayar juga berpatutan dengan kadar penerimaan. Selain itu, bonus juga disediakan untuk pemandu Grab/MyCar yang menunjukkan prestasi yang bagus.

Untuk sesiapa yang ada kereta sendiri, anda boleh menjadi pemandu Grab/Mycar ini. Sambil jalan-jalan makan angin, boleh juga buat duit.

3.Personal Shopper

Dan salah satu cara yang agak mudah bagi yang suka melancong atau kaki travel, anda boleh menjadi personal shopper.

Sesiapa yang suka melancong, tapi takda duit? menjadi personal shopper, anda boleh melancong sambil buat duit.

Caranya adalah dengan menjadi personal shopper.

Personal shopper adalah individu yang menyediakan khidmat pembelian barang daripada satu pihak yang akan memberi komisyen kepada anda.

Dan kebiasaannya, barang tersebut dalam negeri tapi di luar kawasan pelanggan atau di luar negara. Kalau pelanggan memohon barang yang dekat luar negara, ini adalah peluang anda untuk pergi melancong sambil membeli barang tersebut.

Kebiasaannya pelanggan akan tanggung semua kos pengangkutan dan penginapan tetapi bergantung dengan pelanggan tersebut.

Tapi kalau setakat hendak beli satu barang, dan anda mahu menghabiskan masa sampai seminggu berjalan-jalan, itu memang guna duit poket sendiri.

Tapi harus beringat dan berhati-hati. Pastikan pelanggan anda boleh dipercayai. Sebagai peringatan, sentiasa sertakan bersama dokumen dan surat perjanjian hitam putih bagi mengelakkan sebarang masalah.

4.Bisnes Kecil-Kecilan

Anda boleh juga mencuba membuat bisnes secara kecil-kecilan, atau jadikan sebagai kerja sambilan untuk menambah duit tambahan.

Bila ada kelapangan atau tidak memerlukan komitmen penuh. Contohnya, anda boleh menjual nasi lemak, kuih, atau buka gerai burger atau bisnes yang lain.

Anda hanya memerlukan modal yang minima bagi membuka bisnes tersebut. Semuanya adalah bergantung kepada kecekapan individu dalam mengira dan mengurus bisnes.

Dari muda sepatutnya membentuk semangat dan keutuhan diri kita dalam menempuhi ranjau kehidupan yang semakin mencabar.

Mungkin sekarang anda tidak nampak hasil daripada bisnes kecil-kecilan tetapi sekurangnya, ia akan membantu jana pendapatan lebih.

Tapi kunci utamanya tetap bergantung kepada usaha anda sendiri. Kerja lebih, pendapatan juga akan bertambah.

5.Ejen Takaful/Insurans

Kenapa ramai yang tidak berani menceburi kerjaya sebagai ejen takaful/insurans?

Bila anda menjadi ejen takaful/insurans, inidividu perlu bijak dalam menyakinkan klien untuk melabur insurans dalam syarikat tersebut. Sektor pelaburan dalam insuran memperlihatkan hasil yang positif kebelakangan ini di Malaysia. Ramai orang mulai sedar akan kepentingan insuran untuk diri dan keluarga.

Jadi, dengan hasil dan respons yang positif dalam masyarakat ini membuka peluang untuk cari duit, dengan menjadi ejen insuran.

Bila anda sudah membuat keputusan, semak dan daftar di agensi tersebut. Ada agensi yang mewajibkan ejen dibawahnya menghadiri seminar atau kelas, supaya anda betul-betul faham mengenai bisnes dalam sektor pelaburan.

Komisyen bergantung kepada syarikat insuran Mesti semua mahukomisyen banyak, kan? Cuma kerja sebagai ejen insuran, anda perlu rajin.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here