Pada tahun 2020 ini, kos sara hidup semakin meningkat. Majoriti rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tetap yang cukup-cukup untuk menampung kos sara hidup mereka.

Oleh hal yang demikian, mereka tidak mempunyai duit lebih untuk membeli rumah idaman mereka.

Jadi kami sedia membantu korang dengan memberi 8 cara yang boleh dicuba untuk buat ‘side income’. Mana tahu salah satu daripadanya boleh jadikan kerja ‘full-time‘.

1. Dropshipper

Media sosial seperti Instagram, Twitter, dan Facebook terutamanya membuka peluang untuk menjana side income yang sangat
fleksibel dimana korang boleh melakukannya sambil baring atas katil. minum kopi, layan lagu Mengantuknya Mumia dalam bilik, dengan kata lain di mana-mana pun korang boleh buat.

Dengan hanya bermodalkan smartphone, akaun sosial media (untuk share post produk), dan kuota internet korang boleh jadi dropshipper.

Saya cadangkan korang untuk fokus kepada produk lokal kerana produk lokal terutamanya Bumiputera memerlukan jaringan pasaran untuk berkembang, dan kuncinya adalah melalui ejen (dropshipper).

Dan yang syok nya korang tak payah pegang produk tersebut kerana produk tersebut akan dihantar terus ke alamat pembeli. Gambar dibawah akan menerangkan lebih terperinci proses dropshipper.

Sumber : Google

2. Grab / Mycar

Cara ini khusus untuk korang yang ada kereta sendiri. Grab / Mycar ini menyediakan perkhidmatan pengakutan kepada orang ramai secara online. Dan kini sambutan dan penerimaan orang ramai semakin meningkat.

Korang boleh dapat ‘side income’ dengan cara ini melalui komisyen. Komisyen yang dibayar mengikut acceptance rate (kadar penerimaan) korang, selain ada bonus kalau korang memang perform buat duit dengan Grab/Mycar ni.

Cara ini amat digalakkan sebab sambil jalan-jalan makan angin korang buat duit dan mana tahu boleh jumpa jodoh.

Sumber : Google

3. Personal Shopper

Cara ni paling sesuai untuk yang kaki travel. Personal shopper ni maksudnya, korang menyediakan khidmat pembelian barang dari satu pihak (kira macam majikan sementara korang), yang akan bagi upah kat korang untuk dapatkan barang tersebut.

Dan kebiasaannya, barang tersebut ada dalam negara (tapi di luar kawasan pelanggan) atau di luar negara. Untuk yang di luar negara, kebiasaannya pelanggan akan tanggung semua kos pengangkutan dan penginapan korang, tapi kalau korang nak extend sampai seminggu di sana, itu korang pakai duit sendiri.

Tapi harus beringat dan berhati-hati. Pastikan pelanggan korang tu boleh dipercayai. Sentiasa sertakan bersama dokumen dan surat perjanjian hitam putih bagi elakkan sebarang masalah.

Sumber : Google

4. Bisnes Kecil-Kecilan

Cara ini korang boleh buat part-time, bila ada kelapangan dan tak memerlukan komitmen penuh dari korang. Sebagai contoh jual nasi lemak, buat kuih, buka gerai burger dan sebagainya.

Cara ini memerlukan modal tapi selalunya tidak banyak. Margin untung boleh dikirakan besar.

Cara ini juga memerlukan usaha dan tenaga korang, semakin korang berusaha semakin banyak ‘side income’ yang korang dapat.

Sumber : Google

5. Ejen Hartanah (Real Estate Agent)

Cara ini kalau korang buat betul-betul, komisyenyang korang dapat boleh lebih dari gaji bulanan korang. Korang boleh jadi ejen dengan mendaftar dengan Lembaga Penilai dan Pentaksir Malaysia.

Contoh pengiraan komisyen jualan ialah kata korang berjaya jual satu unit rumah berharga RM700,000. Komisyen yang diterima pula ialah 3% (ini komisyen standard pasaran di Malaysia) iaitu RM21,000. Daripada RM21,000 ini, korang akan berkongsi dengan agensi.

Nisbah perkongsian ini bergantung kepada senioriti. Katakan korang layak terima 65% daripada jumlah komisyen tersebut, pendapatan korang ialah RM13,650. Itu sudah 3 kali ganda daripada purata gaji majoriti rakyat Malaysia.

Sumber : Google

6. Ejen Takaful/Insurans

Cara ini agak mencabar sedikit kerana kalau sebut saja insurans, mesti orang taknak layan.

Tapi korang kena ingat, sektor pelaburan dalam insurans di Malaysia menunjukkan hasil yang positif kebelakangan ini. Mungkin ramai dah sedar kepentingan insuran untuk diri dan keluarga.

Jadi tak salah korang nak cuba jadi ejen insurans ni. Korang boleh pilih mana-mana syarikat insurans yang korang nak dan daftar jadi ejen mereka. Ada agensi yang mewajibkan korang hadiri seminar atau kelas, supaya korang betul-betul faham bisnes ni.

Komisyen yang korang dapat bergantung kepada syarikat insuran yang korang pilih dan cara ini memerlukan kerajinan dan usaha yang tinggi.

Sumber : Google

7. Gunakan Kemahiran Yang Ada

Korang juga boleh bekerja dari rumah sahaja dengan menggunakan kemahiran yang korang ada untuk buat ‘side income’. Sebagai contoh, menjahit. Korang boleh ambil upah jahit baju dan perkhimatan ini sangat diperlukan lagi-lagi bila dah dekat musim perayaan.

Contoh lain ialah jika korang pandai buat kuih,kek atau biskut, ia juga boleh menghasilkan ‘side income’. Untuk korang yang tak pandai buat boleh lah belajar, boleh cari resepi di internet.

Korang boleh promote hasil korang di media sosial korang. Kalau korang buat sedap, pelanggan mesti repeat order dan mana tahu boleh buka syarikat kuih sendiri.

Sumber : Google

8. Perlaburan Hartanah

Cara ini korang gunakan kaedah sublet. Sublet merujuk kepada perniagaan, dimana korang sewa satu unit rumah atau lebih dari tuan rumah dan korang sewakannya kepada orang lain. Dengan kata lain ‘sewa atas sewa’.

Ada beberapa formula yang korang boleh guna untuk buat side income dengan sublet iaitu:

  • Sewakan per-unit rumah. Sewakan satu rumah sekaligus.
  • Sewakan per-room. Bezaakan sewa ikut bilik. Lain bilik, lain harga sewa.
  • Sewakan per-head (ikut kepala).
  • Homestay (harian)

Selalunya sewa per-head lebih untung berbanding per-room atau satu rumah. Kalau korang buat betul-betul, boleh dapat dalam RM600 hingga RM1,000 sebulan untuk satu unit rumah. Korang digalakkan untuk cari rumah yang mempunyai perabot kerana ia boleh dijadikan sebagai plus value untuk menarik minat penyewa.

Kalau korang berminat dengan cara ini, korang boleh cari rumah yang berada di lokasi yang strategik dan mempunyai kemudahan asas seperti pasaraya dan pusat membeli-belah, tempat makan, jenis-jenis sekolah, kolej atau universiti hospital dan pusat rekreasi.

Korang boleh iklankan rumah sublet korang di laman web Airbnb Malaysia da juga di media sosial korang.

Sumber : Google

Cubalah mana-mana cara yang korang minat, dan kongsikan pengalaman korang nanti berjaya atau tidak cara tersebut. Semoga berjaya !

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here