Tak salah kita mencuba petua kacang bendi ini sebagai ikhtiar?

Petua ini langsung tidak melibatkan bahan kimia kerana organik iaitu hanya kacang bendi. ‘Okra’ atau lebih dikenali sebagai kacang bendi mengandungi kalium, vitamin B, vitamin C, asid folik dan kalsium.

‘Okra’ atau lebih dikenali sebagai kacang bendi mengandungi kalium, vitamin B, vitamin C, asid folik dan kalsium. Kredit: sonyakamoz

Apakah anda tahu apa itu kolestrol?

Kolestrol ialah sejenis lemak yang dihasilkan pada hati atau usus yang berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel, seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah.

Jumlah kolestrol yang tinggi dan berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan.

Melalui perkongsian oleh pengguna Facebook Erika Khoriawati, suaminya telah mengalami masalah kolestrol yang tinggi dan setelah mengamalkan air rendaman bendi, kolestrolnya menurun.

Anda nak tahu caranya bagaimana? Ini resepi untuk anda!

Kacang bendi mengandungi kalium, vitamin B, vitamin C, asid folik dan kalsium. Kredit: bhofack2

Cara Penyediaan:

1. 10 hingga 15 biji kacang bendi yang telah dibasuh dan dipotong

2. Air masak 1 liter

3. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam botol yang berisi air.

4. Simpan ke dalam peti sejuk. Kemudian anda boleh minum setiap hari.

5. Apabila air telah habis, anda juga boleh menambah air semula sehingga penuh. Ingat ya, air hanya boleh ditambah sebanyak 3 kali sahaja.

6. Jangan bimbang sekiranya anda melihat air rendaman bendi tersebut menjadi likat. Rasanya akan menjadi semakin sedap.

Selain merendahkan kolestrol, antara kebaikan lain kacang bendi juga adalah:

  • Mengawal Penyakit Kencing Manis – Membantu mengekalkan tahap glukosa darah pada tahap stabil yang mana memberi kesan kepada bagaimana gula diserap dalam usus.
  • Meningkatkan Sistem Imun – Mengandungi vitamin C dan komponen antioksida yang dapat menyokong sistem ketahanan badan dan juga membantu menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang boleh membantu melawan pathogen dan bahan asing lain di dalam tubuh kita.
  • Bermanfaat untuk Wanita Hamil – Mengandungi Folat (vitamin B9) yang boleh membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub neural, yang boleh mempengaruhi otak dan tulang belakang janin yang sedang berkembang.

Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati. Pada anda yang kolestrol masih tahap yang normal, anda juga boleh minum air rendaman bendi ini. Barulah kesihatan kita akan terjaga. Selamat mencuba!

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here