Credit : Sea_wave

Wabak Covid-19 dewasa kini semakin merebak, “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan demi mencegah penularan wabak Covid-19 ini daripada terus merebak. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita haruslah bersama-sama dalam membantu kerajaan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ini dengan cara menjaga kesihatan dan kebersihan diri supaya sistem imun tubuh badan boleh ditingkatkan.

Oleh itu, berikut ialah cara-cara untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan anda, antaranya:

Credit : Sea_wave

1. Mengamalkan pola makanan yang seimbang dan bersih

Penjagaan pola pemakanan amat penting dalam memelihara kesihatan diri dan menyumbang tenaga kepada kita dalam melakukan rutin harian. Oleh itu, kita perlu menjaga pola pemakanan dengan cara makan secara teratur dan pengambilan makan yang seimbang. Seperti dengan mengamalkan pola pemakanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang terdapat di piramid makanan.

Selain itu, kita juga perlu mengkonsumsi makanan yang kaya dengan serat, vitamin A, C, D atau E ini kerana ia bertujuan untuk meningkatkan antibodi tubuh badan anda supaya dapat  mencegah diri anda daripada terdedah dengan wabak penyakit Covid-19. Antara makanan yang boleh meningkatkan sistem imun badan ialah:

Buah-buahan sitrus

Buah-buahan sitrus amat kaya dengan Vitamin C ia dipercayai mampu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Maka secara tidak langsung ia juga mampu untuk meningkatkan antibodi untuk melawan sebarang jangkitan yang berlaku pada tubuh badan kita. Antara buah-buahan sitrus ialah seperti buah lemon, limau, oren, limau gedang dan tangerine. Seperti yang kita ketahui badan kita tidak menghasilkan Vitamin C maka kita perlu mengambilnya setiap hari.

Credit: Ollinka

Brokoli

Brokoli antara sayuran yang kaya dengan nutrisi. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, C dan E. Selain itu, ia turut membekalkan antioksida dan serat kepada tubuh badan kita. Justeru itu, nutrisi yang terdapat dalam sayur ini mampu meningkatkan sistem imun badan kita.

Credit: bhofack2

Bawang putih

Bawang putih antara ramuan yang banyak digunakan dalam masakan harian kita kerana cirinya yang mampu melahirkan aroma yang memukau dalam masakan menyebabkan kebanyakan masakan menggunakan ia sebagai bahan dalam masakan. Namun begitu tanpa kita sedar Bawang putih antara makanan yang kaya dengan manfaat dan ia mempunyai khasiat sebagai antibiotik dalam tubuh badan manusia.

Credit: Gresei

 

2. Minum air secukupnya

Pengambilan air yang secukupnya amat penting, seperti yang kita ketahui lebih 60% daripada tubuh badan manusia terdiri daripada air. Maka pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi mengekalkan hidrasi dan untuk mengekalkan keseimbangan dalam tubuh badan manusia. Selain itu, pengambilan air secara rutin dapat meningkatkan sistem imun atau kekebalan tubuh badan. Hal ini disebabkan kerana air berperanan sebagai medium dalam membawa oksigen kepada sel-sel tubuh supaya sistem tubuh dapat bergerak secara lancar.

Credit: Pineapple_Studio

 

3. Tidur dan rehat yang mencukupi

Berdasarkan kajian kesihatan Harvard tubuh badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 7 hingga 9 jam masa untuk tidur dalam sehari. Tidur yang mencukupi amat penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Hal ini demikian kerana, ketika tidur tubuh badan anda akan melakukan aktiviti pemulihan terhadap anggota badan yang terjejas termasuk membantu meningkatkan sistem imun anda.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa hanya satu malam sahaja seseorang individu tidak mendapat tidur yang mencukupi boleh mengurangkan sebanyak 70% sel imun pada tubuh badan mereka.

Credit: tommyandone

4. Mengamalkan gaya hidup sehat

Meskipun sekarang ini masih di dalam tempoh kawalan pergerakan namun ia tidak menghalang kita untuk melakukan senaman dirumah. Ini kerana dengan melakukan aktiviti senaman ia dapat memastikan tubuh badan kita berfungsi dengan baik. Terdapat kajian menunjukkan bahawa dengan bersenam dapat mengurangkan keradangan dan membantu sel-sel dalam melawan jangkitan.

Oleh itu, antara senaman yang boleh dilakukan ketika tempoh kawalan ini ialah seperti push up, zumba, plank dan pelbagai lagi. Selain dapat menyihatkan badan ia dapat mengisi masa terluang kita di rumah.

Credit: seventyfourimages

5. Menangani stres dengan baik

Stres mampu memberi kesan yang besar terhadap sistem imun anda, terutamanya keadaan wabak yang berlaku sekarang pasti memberi kesan sehingga boleh menyebabkan stres terhadap diri. Oleh itu, kita perlu menangani stres dengan bijak supaya kesihatan diri tidak terjejas sehingga mampu menyebabkan perasaan cemas dalam diri.

Antara cara yang boleh digunakan untuk menangani stres ialah dengan bermeditasi seperti yoga ataupun bersembahyang, membaca buku dan mengurangkan pengantungan maklumat daripada media sosial dan lebih bergantung kepada media yang lebih dipercayai seperti maklumat yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ia bertujuan bagi mengelakkan perasaan cemas akibat maklumat yang tidak tepat.

Credit: nd3000

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here