Jennifer Haller, 43, merupakan sukarelawan pertama yang menerima vaksin Covid-19 yang disebut sebagai mRNA-1273 bagi melawan virus Corona. Vaksin mRNA1273 telah dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Moderna Inc dengan kerjasama dari National Institutes of Health (NIH).

Credit: Dailymail

Ibu kepada dua orang anak ini telah menerima suntikan percubaan yang pertama pada hari Isnin yang lalu di Institut Kaiser Permanente, Washington. Haller berkata beliau mendengar mengenai penyelidikan ini dua minggu yang lalu setelah melihat siaran rakannya mengenai berita tersebut di Facebook. Dengan rasa tanggungjawab beliau terus mengisi borang untuk menyertai penyelidikan vaksin Covid-19 dengan menjadi sukarelawan. Keesokannya beliau dipanggil untuk menyemak sejarah kesihatannya, setelah beliau lulus melalui semua saringan yang dijalankan mendapat panggilan menjadi penerima vaksin yang pertama.

Haller bersama dengan anak-anaknya iaitu Hayden & Ellie

Sebelum menerima vaksin yang pertama Haller perlu menandatangani sebanyak 45 halaman pengecualian. Meskipun sukarelawan bagi penyelidikan ini akan menerima sebanyak $100 seorang bagi setiap kunjungan dan mereka yang dapat menyelesaikan semua kunjungan akan dibayar sebanyak $1,100. Namun begitu, wang yang ditawarkan bukanlah tujuan utama Haller untuk menyertai kajian ini. Beliau melakukannya kerana sifat kemanusiaan beliau yang tinggi dan ingin penularan wabak ini dihentikan.

Gambar hiasan

Haller bersama-sama 45 orang sukarelawan yang lain akan menerima sebanyak dua dos suntikan bagi melihat keberkesanan vaksin mRNA-1273. Sepanjang menerima vaksin tersebut Haller bersama dua sukarelawan yang lain akan berada di bawah pemantauan selama sebulan.

Semoga penyelidikan ini dapat berjalan dengan lancar dan vaksin yang telah dicipta mampu mengakhiri penularan wabak ini daripada terus meningkat.

Berikut ialah pautan ke artikel mengenai Jennifer Haller serta video mengenai vaksin mRNA-1273.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

 

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here