Betul ke “work from home” lebih senang?

Semenjak 18 Mac yang lalu perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di seluruh Malaysia sehingga 31 Mac. Kebanyakan organisasi awam dan swasta kini diarahkan tutup dan menjalankan segala urusan pekerjaan dari rumah.

Bila dengar pasal cuti semestinya ia suatu yang menyeronokkan, namun berbeza dengan perintah kawalan pergerakan yang lebih bertujuan demi keselamatan dan mengekang penularan wabak Covid-19 daripada berterusan.

Oleh itu, ramai yang menganggapkan bekerja dari rumah atau lebih dikenali sebagai “work from home” lebih menyenangkan terutamanya kepada golongan ibu. Selain dapat memantau anak-anak di rumah mereka juga mempunyai lebih masa untuk memasak makanan kegemaran anak-anak mereka.

Namun begitu, ‘work from home’ tidaklah seindah yang digambarkan. Pelbagai cabaran yang dihadapi ibu bapa yang bekerja dari rumah, antaranya ialah:

1. Kurang motivasi

Seperti yang kita ketahui dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan kita amat memerlukan motivasi atau “mood” untuk mendorong kita melakukannya. Namun apabila kita diarahkan untuk melakukan kerja dari rumah ia menyebabkan kita kurang motivasi menyiapkan tugasan diberi. Ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal seperti persekitaran rumah yang tidak kondusif dan tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menjalankan tugasan dari rumah.

Selain itu, motivasi turut terdorong daripada dalaman yang lebih dikenali intrinsik. Ia merangkumi aspek dalaman pekerja contohnya, pemikiran. Di mana secara kebiasaannya kita menganggap rumah sebagai tempat untuk kita berehat, namun dengan adanya perintah untuk bekerja di rumah kebanyakan pekerja perlu menyesuaikan diri dan membentuk semula pemikiran mereka untuk menerima rumah sebagai tempat bekerja.

Sumber: Procaffeination

2. Gangguan kerja atau “work distraction”

Apabila bekerja dari rumah kita memang tidak boleh lari daripada gangguan kerja lagi-lagi  semasa tempoh kawalan pergerakan ini. Anak-anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama akan berkumpul di rumah. Baru nak mengadap kerja, anak-anak menangis sebab gaduh, lapar, dan lain-lain. Selain itu, kelajuan internet yang lambat di satu-satu kawasan memainkan peranan penting ini kerana kebanyakan tugasan memerlukan komunikasi melalui internet. Maka, secara tidak langsung ia menjadi gangguan ketika bekerja. Akhirnya, tugasan tidak dapat disiapkan pada tempoh waktu yang ditetapkan.

Credit: Seventyfourimages

3. Waktu bekerja yang tidak seimbang

Waktu bekerja di pejabat telah ditetapkan iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang dan masa makan tengahari semuanya telah dijadualkan. Namun berbeza dengan waktu bekerja di rumah di mana ia memerlukan disiplin yang tinggi dan pengurusan masa diri yang efisien.

Oleh itu, pengurusan masa bekerja yang tidak efisien mengakibatkan waktu bekerja tidak seimbang iaitu mungkin lebih banyak masa bekerja dan kurang masa bersosial ataupun sebaliknya.

Credit: BrianA Jackson

4.Kurang Masa Rehat

Gangguan masa bekerja dan ketidakseimbangan dalam pengurusan masa akan mengakibatkan tugasan banyak yang tertangguh dan tidak dapat disiapkan. Maka, keadaan ini secara tidak langsung akan mendorong pekerja untuk bekerja lebih masa ataupun menyiapkan kerja pada masa yang tidak sesuai seperti tengah malam sementara menunggu anak-anak tidur. Dengan ini mengakibatkan pekerja kurang masa untuk berehat.

Credit: vadymvdrobot

5. Cepat Lapar

Perasan tak masa bekerja dari rumah anda merasa cepat lapar berbeza ketika anda bekerja di pejabat. Ini kerana stres dalam bekerja akan mendorong perasaan lapar yang membuak-buak. Hal ini demikian kerana, menurut dietetik semasa dalam keadaan tertekan tubuh badan akan menghasilkan hormon kortisol dan insulin untuk menyediakan badan bagi berdepan dengan stres. Oleh itu, ia menyebabkan seseorang cepat berasa lapar dan menginginkan makan makanan yang manis seperti coklat.

Credit: bhofack2

Adakah anda mengalami masalah yang disenaraikan di atas? Kongsikan masalah anda bersama kami!

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here