Bantu daftar Kenyalang Gold Card untuk orang tua anda hari ini!

Berikut ialah panduan ringkas memohon Kenyalang Gold Card. Kenyalang Gold Card, juga dikenali sebagai “KGC” menyediakan pelbagai produk keperluan dan servis dalam kehidupan harian untuk warga emas dengan mudah, hanya di hujung jari. Menjadi seorang warga emas di Sarawak bermaksud menikmati kehidupan dan dijaga dengan baik, KGC menyasarkan untuk membantu warga emas untuk berdikari dan aktif secara sosial seiring dengan peningkatan usia.

Panduan Ringkas Memohon Kenyalang Gold Card. Senang Jak! Kredit: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Kelebihan KGC Untuk Sepanjang Hayat

Kad ini menawarkan:

  • Diskaun dan rebat setiap hari ke atas barangan keperluan seperti, barangan keperluan dapur, makanan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi dan pengangkutan,
  • Bantuan belas ihsan RM3,000 untuk menampung perbelanjaan pengebumian sekiranya pemegang kad meninggal dunia,
  • Manfaat lain seperti pekerjaan, jahitan, saloon rambut dan urutan,
  • Tawaran istimewa yang bernilai tinggi.
Image result for kenyalang gold card
Sumber : Google

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>Rugi Jadi Orang Sarawak Kalau Tak Download Aplikasi iSarawakCare

Syarat Memohon KGC

Antara syarat-syarat memohon ialah:

  • Berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020,
  • Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
  • Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak.

Cara Memohon KGC

  1. Muat turun borang permohonan di sini: Borang Permohonan Kenyalang Gold Card dan hantarkan borang permohonan yang lengkap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Jika tiada Internet, dapatkan borang permohonan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian, Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan sub daerah seluruh negeri.
  2. Hantarkan borang bersama salinan kad pengenalan.
  3. Muat turun aplikasi digital iSarawakCare dan daftar nama diri anda (atau nama warga emas  sekiranya anda anak/waris kepada pemohon).
  4. Setelah permohonan dan pendaftaran Kenyalang Gold Card Berjaya, anda akan menerima kad fizikal secara automatik selain dari akaun digital dalam aplikasi digital iSarawakCare.

Cara Mengisi Borang Permohonan KGC

  1. Lengkapkan Borang Permohonan Kenyalang Gold Card (Halaman 1 & 2)

Cara Mengisi Borang Permohonan Bantuan Ihsan Kematian (BIK)

  1. Lengkapkan Borang Permohonan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) (Halaman 3 & 4).
  2. Lengkapkan maklumat pewaris dan maklumat Skim Khairat Kematian daripada sebarang agensi/jabatan sekiranya anda pernah memohon.
  3. Dapatkan pengesahan atau perakuan maklumat oleh saksi iaitu Ketua Kaum/Ketua Masyarakat/Ketua Kampung di Bahagian C).
  4. Jangan lupa untuk menyertakan satu salinan kad pengenalan pemohon.
  5. Hantar borang permohonan anda ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.

Syarat Permohonan Bantuan Ihsan kematian

  1. Waris kepada pemegang kad Kenyalang Gold Card.
  2. Pemegang kad Kenyalang Gold Card tidak menerima mana-mana bantuan khairat kematian (JPA, PERKESO, ASB, BANK, INSURANS dan sebagainya).
  3. TIDAK LAYAK bagi penghuni warga emas di institusi jagaan kerajaan dan di pusat jagaan kerajaan / swasta yang berbayar.
  4. Tuntutan Bantuan Ihsan Kematian oleh waris hendaklah dibuat 90 hari (3 Bulan) selepas pemegang Kenyalang Gold Card meninggal dunia.

Senarai Semak Permohonan Bantuan Ihsan kematian

  1. Kad KGC si mati
  2. Pengesahan oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum
  3. Salinan nombor akaun bank
  4. Salinan kad pengenalan waris
  5. Dokumen lain jika berkenaan
  6. Salinan & Sijil Asal Kematian Pemegang Kad KGC
Image result for warga emas malaysia
Sumber : Google

Cara Menggunakan Kenyalng Gold Card

Sekiranya anda tidak pasti kedai tersebut ada menawarkan diskaun menggunakan KGC, sila cari jika ada tanda KGC dipaparkan.

Untuk mengetahui semua diskaun KGC, cari melalui aplikasi, muat turun iSarawakCare di telefon pintar dan tablet anda.

Untuk memuat turun aplikasi iSarawakCare klik ikon di bawah;

akan datang…

Antara kedai yang menerima KGC

WonderboomVision World OpticsVision Care OpticsUlook                                       The SpringStar Reflexology

Klik di pautan ini untuk melihat kedai dan jenama lain yang menerima Kenyalang Gold Card.

Kad ialah satu tanda terima kasih kepada warga emas

KGC ialah salah satu cara kerajaan dan vendor di Sarawak untuk mengucapkan terima kasih atau “makseh banyak-banyak” atas segala yang anda telah lakukan untuk Sarawak dengan membesarkan keluarga anda, bekerja atau di dalam komuniti. Jadi apa tunggu lagi, daftarlah sekarang.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here