Apa nak buat bila terima “berita” dari group sebelah? Penyebaran berita mengenai Covid-19 yang tidak sahih di laman sosial boleh menyebabkan panik dalam kalangan masyarakat.

Sumber: Buletin TV3

Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, kami senaraikan 4 cara untuk anda mendapatkan berita yang sahih mengenai Covid-19.

1. Tak pasti berita palsu atau sahih? Ini cara nak semak betul ke tak

Anda boleh semak berita yang telah disahkan palsu di portal sebenarnya.my. Portal ini ialah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.

Image result for sebenarnya.my
Sumber : Google

2. Berita mengenai Covid-19 di portal #KitaJagaKita

Anda boleh cari berita mengenai bantuan yang diberikan kepada rakyat yang terkesan dengan Covid-19 di portal #KitaJagaKita. Portal ini juga menghubungkan mereka yang ingin menghulurkan bantuan (rakyat Malaysia/pihak korporat) dengan mereka yang paling memerlukannya (golongan yang terjejas/komuniti perubatan) melalui inisiatif akar umbi / NGO / masyarakat sivil.

#KitaJagaKita merupakan sebuah inisiatif untuk mengumpul dan mengesahkan organisasi yang sedang bekerja keras untuk membantu golongan-golongan yang paling terkesan tanpa mengira latar belakang mereka. Senarai ini akan dikemaskini dengan cadangan-cadangan yang anda sumbangkan  setelah disahkan oleh para sukarelawan #kitajagakita.

Image result for #kitajagakita
Sumber : Google

3. Semak statistik terkini Covid-19 di Malaysia di laman web KKM

Anda boleh dapatkan statistik terkini Covid-19 di Malaysia di portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Statistik tersebut akan dikemas kini setiap hari pada pukul 5:00 petang.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

4. Semak statistik terkini Covid-19 di seluruh dunia

Anda boleh dapatkan statistik terkini Covid-19 di seluruh dunia portal rasmi World Health Organization (WHO). Statistik tersebut juga akan dikemas kini setiap hari pada pukul 5:00 petang.

Sumber : World Health Organization

Jadi dengan cara yang disenaraikan, anda boleh sebarkan berita yang sahih di laman sosial anda. Bersamalah kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab supaya dapat mengelakkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here