Kecoh di media sosial apabila Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menyarankan agar orang ramai minum air suam sebagai salah satu alternatif untuk mencegah jangkitan Covid-19.

Kenyataan tersebut telah menimbulkan persoalan orang ramai tentang kesahihan kenyataan tersebut. Ia juga menyebabkan beberapa pakar perubatan tampil untuk memberi pendapat mereka.

Kredit: kiniTV

Pendapat daripada Dr Amalina Che Bakri

Dr Amalina kurang bersetuju dengan saranan tersebut menerusi kenyataannya di Twitter. “Tidak disarankan oleh doktor dan tiada bukti mengenai saranan ini,” katanya. Tambahnya lagi lagi, beliau bercakap berdasarkan saranan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) yang turut menafikan hal itu.

“Sudah dimaklumkan minum air memang bagus untuk kekalkan hidrasi tetapi ia tidak mampu untuk nyahaktifkan virus. Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di TV nasional, tips ini ialah mitos,” katanya lagi.

“Tips yang betul ialah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan batuk atau bersin dengan etika, duduk rumah dan amalkan social distancing 1 meter,” jelas Dr Amalina lagi.

Image result for dr amalina che bakri covid19
Sumber: Google

Pendapat daripada Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr N Ganabaskaran

Dr N Ganabaskaran juga kurang bersetuju dengan saranan tersebut di mana menurutnya, dalam amalan perubatan, semua kaedah rawatan mestilah berasaskan bukti.

“Minum air suam ialah amalan sihat kerana ia penting untuk kekal hidrat dalam melindungi daripada penyakit. Bagaimanapun, pada masa ini, tiada ubat khusus untuk mencegah atau merawat Covid-19,” katanya.

Image result for Dr N Ganabaskaran covid19
Sumber: New Straits Times

Pendapat daripada pakar sakit puan, Dr Imelda Balchin

Dr Imelda turut kurang bersetuju dengan saranan tersebut menerusi perkongsiannya di Facebook. Beliau menerangkan mengapa amalan minum air suam atau minum air dengan kerap tidak mencegah kemasukan virus dalam badan atau merawat virus Covid-19.

Image result for dr amalina che bakri covid19

Sumber: Mstar

Dr Imelda menyarankan agar mereka yang dijangkiti virus berkenaan untuk mengamalkan langkah pencegahan yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) unutk mengelakkannya menjangkiti orang lain.

Jadi kesimpulannya, marilah kita mengamalkan langkah-langkah untuk mencegah penyebaran Covid-19 yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Image result for dr amalina che bakri covid19

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here