Apa itu aplikasi i-Alerts ?

Haa.. ni yang admin nak kongsikan kepada anda terutamanya pada seluruh rakyat Sarawak. Kini anda boleh mengakses segala update terkini mengenai informasi COVID-19 di Sarawak melalui aplikasi i-Alerts.

i-Alerts ialah aplikasi rasmi yang dihasilkan oleh kerajaan Sarawak dalam menyediakan segala informasi tentang keadaan COVID-19 di negeri ini.

Apa je yang ada dalam aplikasi i-Alerts ni?

Melalui aplikasi i-Alerts anda dapat memperoleh informasi terkini berkenaan dengan COVID-19. Informasi yang terdapat dalam aplikasi i-Alerts merangkumi statistik, video, berita dan utusan media terkini berkenaan dengan COVID-19.

Jangan risau, semestinya informasi yang diberikan adalah sahih dan telus kerana aplikasi ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak. Maka, dengan adanya aplikasi i-Alerts, kekeliruan informasi yang diterima oleh rakyat Sarawak dapat dielakkan ekoran daripada lambakan berita palsu yang terdapat di internet.

Selain itu, aplikasi i-Alerts bukan sahaja hanya memfokuskan terhadap masalah COVID-19 semata-mata. Tetapi ia juga turut merangkumi pelbagai informasi tentang isu-isu lain yang dihadapi rakyat masa kini.

Justeru itu jika terdapat sebarang isu atau masalah berkaitan dengan bencana yang berlaku di sekitar anda terutamanya di Sarawak, anda boleh membuat laporan mengenai isu tersebut melalui aplikasi i-Alerts, cara-caranya ialah:

  1. Isikan maklumat peribadi anda.

2. Buat laporan anda. Anda boleh memilih kategori isu yang ingin dilaporkan. Di dalam aplikasi ini terdapat 8 kategori yang boleh anda pilih.

3. Masukkan tajuk mengenai isu yang ingin anda laporkan dan pin lokasi di mana ia berlaku dan masukkan segala data yang diminta.

4. Setelah semua data telah isi anda hanya perlu klik butang ‘Finish & Submit’. Siap! Mudah, kan?

 

Oleh itu, anda boleh memuat turun aplikasi ini pada peranti mudah alih anda melalui aplikasi Apple Appstore atau di Google Play Store.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel menarik mengenai Jennifer Haller sukarelawan untuk vaksin COVID-19

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here