Kit Ujian yang dinamakan “Cepat” mampu kesan jika pesakit dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 5 minit

Seorang profesor wanita iaitu Prof Dr Jackie Ying di Makmal NanoBio Lab di Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) telah mengetuai pasukannya dalam menghasilkan satu kit ujian pantas yang dapat mengesahkan diagnosis wabak coronavirus (SARS-Cov-2) ataupun Covid-19 hanya dalam tempoh masa 5 minit.

she and her team try to make test kit for covid-19
Sumber: The Straits Times

Mereka telah menghabiskan masa 6 minggu untuk menghasilkan kit ujian tersebut. Apabila kit ujian ini mendapat kelulusan kelak, alat ini akan menjadi ujian Covid-19 yang paling cepat. Maka tidak hairanlah jika kit ujian tersebut dinamakan ‘Cepat’.

“Kami sudah melakukan pengesahan klinikal awal di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), menggunakan sampel pesakit sebenar dan mendapati ujian ini amat sensitif lagi tepat,” ujar profesor ying.

Sementara itu, biasanya keputusan ujian makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur diperolehi dalam tempoh 36 hingga 48 jam bagi mengesahkan Covid-19 positif atau negatif.

Oleh itu, kit ujian yang telah dihasilkan oleh Prof Dr Jackie Ying dari Singapura boleh mempercepatkan proses saringan bagi Covid-19.

she smiles in the laboratory while she try to make a test kit for covid-19
Sumber:Google

Prof Jackie Ying merupakan salah seorang saintis terbaik di dunia. Beliau juga ialah Pengarah Eksekutif di Institute of Bioengineering and Nanotechnology di Singapura (IBN). Beliau ialah profesor penuh termuda di MIT pada usia 35 tahun.

Baca lagi artikel menarik mengenai Jennifer Haller sukarelawan untuk vaksin COVID-19

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here