Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih beberapa negara untuk menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan ubat merawat pesakit Covid-19 dan Malaysia merupakan salah satu negara yang dipilih.

Kementerian Kesihatan Malaysia tentang Covid-19
Sumber : Berita Harian Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan Negara, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dihubungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menyertai penyelidikan virus di peringkat dunia.

Mengapa Malaysia dipilih oleh WHO?

Keupayaan dan kemampuan KKM dalam menjalankan penyelidikan selain sistem perubatan yang baik merupakan salah satu kriteria menyebabkan Malaysia dipilih sebagai pusat penyelidikan rawatan COVID-19 oleh WHO.

KKM dipilih sebagai salah satu pusat menjalankan penyelidikan dalam menghasilkan ubat terbaru dikenali sebagai Remdesivir untuk digunakan kepada pesakit Covid-19.

Ubat Remdesivir sebelum ini pernah digunakan bagi merawat penyakit Ebola.

Covid-19: Malaysia's pandemic action plan activated for the ...
Sumber : The Star

Dimanakah penyelidikan tersebut akan dilakukan?

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di sidang media harian KKM, penyelidikan tersebut akan bertumpu di Hospital Sungai Buloh dan hospital yang dikenal pasti sebagai hospital Covid-19.

Menurutnya juga, selepas penyelidikan dibuat, pesakit akan dikumpulkan dari seluruh hospital Covid-19 untuk diberikan ubat Remdesivir kepada pesakit dan akan memantau kesan sampingan serta kemujaraban ubat tersebut.

Menerusi post Facebook milik Dr Noor Hisham pada hari Jumaat (27 Mac) beliau menjelaskan bahawa WHO mengumumkan percubaan global yang besar, yang dipanggil Solidarity, untuk mengetahui sama ada ubat-ubatan boleh merawat jangkitan baru koronavirus untuk penyakit pernafasan berbahaya.

On Friday, the World Health Organization (WHO) announced a large global trial, called SOLIDARITY, to find out whether…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Jumaat, 27 Mac 2020

“WHO memberi tumpuan kepada apa yang dikatakannya ialah 4 terapi yang paling menjanjikan: sebatian antiviral eksperimen yang dipanggil Remdesivir, ubat-ubatan Malaria iaitu Chloroquine dan Hydroxychloroquine, gabungan dua ubat HIV, Lopinavir dan Ritonavir; dan gabungan yang sama ditambah interferon-beta, utusan sistem imun yang boleh membantu melumpuhkan virus, “kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah lagi.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel menarik mengenai Covid-19: Prof Jackie Ying Cipta Kit Ujian Pantas, Mampu Kesan Virus Dalam 5 Minit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here