‘Social distancing’, Macam Mana Ek?

Semalam, 25 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan lagi selama 14 hari iaitu sehingga 14 April.

Ini bertujuan menjaga jarak sosial dalam kalangan masyarakat atau lebih dikenali sebagai ‘Penjarakan sosial’ .

Ia berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin mencatatkan peningkatan. Oleh hal itu sebagai rakyat yang bertanggungjawab hendaklah mematuhi perintah tersebut.

Maka, dalam melindungi diri dan keluarga anda daripada terdedah dengan jangkitan wabak Covid-19, berikut ialah 6 tips social distancing yang anda boleh buat untuk pelihara jarak sosial dengan orang luar, antaranya ialah:

1. Mengamalkan gaya hidup sihat sebagai rutin harian

Amalan gaya hidup sihat amatlah penting dalam memelihara kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan. Amalan gaya hidup sihat bukan hanya memfokuskan dengan melakukan aktiviti fizikal semata-mata. Ia juga merangkumi penjagaan pemakanan, senaman dan kitaran tidur yang betul secara tidak langsung ia dapat meningkatkan antibodi tubuh badan anda.

Kredit: bernardbodo

2. Elakkan daripada mengunjungi tempat awam

Semasa tempoh perlaksanaan PKP orang ramai dikehendaki untuk duduk di rumah. Jika bekeperluan untuk keluar mereka hendaklah mengelak daripada bersesak-sesak terutamanya di tempat awam.

Selain itu, anda hendaklah mematuhi jarak sosial yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 1 meter daripada individu lain semasa keluar membeli barangan di tempat awam.

Kredit: gpointstudio

3. Untuk mereka yang mempunyai anak, hendaklah tinggalkan anak bersama pasangan ketika keluar.

Kerajaan mengeluarkan arahan di mana hanya seorang sahaja wakil daripada setiap keluarga untuk keluar membeli barangan. Justeru itu, ketika keluar anda hendaklah menjaga keselamatan dan kesihatan diri anda. Pakai topeng muka semasa keluar dan gunakan hand sanitiser dengan kerap semasa berada di luar. Jangan lupa mandi dan bersihkan diri setelah pulang ke rumah.

Kredit: Rawpixel

4. Jangan menyendiri, bersosial dengan rakan-rakan dan keluarga secara dalam talian

Walaupun sekarang masih dalam tempoh PKP ia tidak menghalang anda untuk bersosial dengan rakan-rakan dan keluarga. Dengan adanya kemudahan internet pada masa kini lebih memudahkan anda untuk berkomunikasi. Janganlah mengasingkan diri, ini bagi memelihara kesihatan minda anda supaya anda tidak tertekan sepanjang tempoh kawalan.

Kredit: Dragonimages

5. Rancang aktiviti di rumah bersama anak-anak

Perintah kawalan ini secara tidak langsung memberi impak yang besar bukan sahaja kepada orang dewasa malahan turut memberi kesan kanak-kanak. Oleh itu sebagai ibu bapa hendaklah berfikir secara kreatif untuk merancang aktiviti bersama anak-anak ketika di rumah. Hal ini demikian bagi mengelakkan anak-anak daripada berasa bosan ketika di rumah dan dapat memelihara minda dan badan mereka untuk sentiasa aktif.

Credit: gpointstudio

6. Ambil langkah berjaga-jaga terutamanya kepada ahli keluarga yang berisiko

Warga emas, ibu hamil dan individu yang menghidap penyakit-penyakit kronik antara yang berisiko terdedah dengan COVID-19. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang berisiko ini anda hendaklah mengurangkan kekerapan mereka daripada pergi ke tempat-tempat awam ketika ini. Hal ini kerana supaya dapat mengurangkan risiko mereka daripada terkena jangkitan wabak COVID-19.

Credit: bialasiewicz

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here