Groceries online mana je yang recommended di Kuching?

groceries online
Kredit: bondarilia

Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini, permintaan terhadap perniagaan secara online semakin meningkat. Hal ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk membuat belian barangan secara online terutamanya barangan runcit.

Selain memudahkan ia juga merupakan salah satu inisiatif yang boleh digunakan untuk membeli-belah sepanjang tempoh PKP. Oleh itu, antara kedai di mana anda boleh membeli barang dapur atau groceries secara online di Kuching sepanjang tempoh PKP ialah:

1.Grab Mart

Aplikasi Grab Mart kini boleh diakses di Sarawak terutamanya penduduk di kawasan Kuching. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Grab pada peranti mudah alih anda di Apple Appstore atau di Google Playstore. Semua perkhidmatan yang disediakan terdapat dalam hanya satu aplikasi iaitu all-in-one.

Kredit: Laman Web Grabmart
aplikasi groceries online grabmart
Kredit: Aplikasi Grab

Di sini anda boleh lihat perkhidmatan-perkhidmatan jualan yang terdapat di aplikasi Grabmart.

2. CS Mini Market

CS Mini Market ialah antara pusat jualan yang turut menjadi tumpuan penduduk di sekitar Kuching, mungkin disebabkan oleh ciri logistiknya sesuai iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan.

Selain itu, CS Mini Market juga turut menyediakan pelbagai produk untuk pelanggan mereka. Oleh itu, melalui aplikasi CS Mini Market anda boleh membuat pembelian barangan runcit dengan mudah. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi CS Mini Market pada peranti mudah alih anda di Apple Appstore atau di Google Playstore.

aplikasi groceries online CS Mini Market
Kredit: Aplikasi CS Mini Market

Sebelum membuat tempahan anda perlu membuat pendaftaran di cawangan CS Mini Market yang terdekat.

3. Signature Market

Jika anda seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, Signature Market ialah tempat anda boleh dapatkan makanan-makanan sihat yang berunsurkan organik. Signature Market turut menyediakan pelbagai jenis kekacang dan manisan yang berkualiti yang sesuai untuk dijadikan snek. Oleh itu, untuk membuat tempahan anda boleh terus melayari laman web Signature Market.

 

laman web untuk groceries online
Kredit: Laman Web Signature Market

laman web groceries online signmarket

Berikut anda boleh lihat pelbagai produk yang terdapat dalam laman web Signature Market.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel menarik mengenai Beli Barang Dapur Dari Grabmart Di Kuching Dengan Hantaran Percuma 5 Kali!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here