Jangan gunakan bangsa, hanya disebabkan perbuatan seorang individu sahaja!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak berpunca daripada seorang rakyat Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali yang setakat ini telah meragut 5 nyawa dalam satu keluarga di Kuching, Sarawak.

Menurut kenyataan dari KKM, kluster tersebut berpunca daripada pesakit ke-1,580, yang setakat ini telah menyebabkan 37 kes positif lain termasuk 5 kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).

Melalui sebaran yang tular di Facebook, pesakit ke-1,580 tersebut didakwa bekerja di sebuah bank dan telah pergi kerja seperti biasa setelah pulang dari Itali. Salah seorang rakan sekerjanya tidak sedar beliau telah dijangkiti dan telah menjangkiti ahli keluarganya yang lain.

Ramai yang mengecam pesakit ke-1,580 tersebut dengan mengkategorikannya dari bangsa tertentu, menurut dakwaan yang dibuat oleh netizen di dalam media sosial mereka.

Walaupun begitu, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, haruslah kita menjaga sensitiviti antara kaum untuk mencapai keharmonian.

Tolong jangan jadi individu yang pentingkan diri sendiri, anda melibatkan nyawa orang sekeliling anda.

Baca lagi artikel menarik mengenai ‘Social Distancing’: 6 Tips Anda Boleh Buat Untuk Mencegah Pandemik COVID-19

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here