Nak tahu apa tiga cara mudah mohon bantuan TBS?
Terdapat tiga cara mudah mohon bantuan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) iaitu secara dalam talian. Hal ini disebabkan pihak TBS tidak dapat bertemu secara langsung dengan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
TBS menyediakan tiga cara memudahkan orang ramai khususnya individu bekerja sendiri atau bergaji hari yang kehilangan pendapatan sejak PKP dikuatkuasakan.
1. Permohonan menerusi aplikasi Jejak Asnaf
Orang ramai boleh mengemukakan permohonan menerusi aplikasi Jejak Asnaf Versi 2 yang boleh dimuat turun menerusi Appstore atau Playstore.
Selain itu, seseorang itu juga boleh mencadangkan orang lain yang layak menerima bantuan daripada TBS.


2. Permohonan menerusi portal ‘Baitumal Kamek’
Orang ramai boleh mengemukakan permohonan menerusi portal rasmi yang telah disediakan oleh TBS dengan melayari pelanggan.tbs.org.my.
Bagi sesiapa yang tak pernah membuat akaun di portal, anda boleh membuka akaun baru.
3. Permohonan menerusi e-mel Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)
Bagi kaedah ketiga, orang ramai boleh mengemukakan permohonan atau berkomunikasi dengan TBS menerusi emel [email protected].
