Terima Kasih Banduan Penjara Puncak Borneo!
Walaupun berada di sebalik tembok besi, banduan Penjara Puncak Borneo turut menyumbang tenaga dengan membantu menjahit peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan Covid-19.
Terdapat tiga jenis kelengkapan yang dijahit oleh mereka iaitu tudung kepala, sarung kaki serta stokin.
Mereka menghasilkan 394 set yang telah diserahkan kepada Tanoti House untuk peringkat pertama.
Manakala, barang-barang untuk proses menjahit PPE telah dihantar pada 2 April 2020 untuk peringkat yang kedua. Tambahan lagi kelengkapan ini akan disiapkan pada 3 April 2020 bagi menghasilkan lebih kurang 400 hingga 500 set.
Seterusnya, pihak penjara masih menunggu barang-barang yang diperlukan untuk PPE. Jahitan PPE ini akan disalurkan kepada Hospital Umum Sarawak (HUS).
Terima kasih banduan penjara Puncak Borneo yang membantu menyiapkan PPE bagi petugas barisan hadapan.
[…] Baca lagi artikel menarik mengenai Covid-19: Banduan Penjara Puncak Borneo Jahit PPE Untuk Frontliners […]