Manfaatkan tempoh PKP dengan belajar secara online dengan percuma.

Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti membuat ibu bapa pening untuk memikirkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk anak-anak mereka. Justeru itu, ibu bapa boleh memanfaatkan masa lapang anak-anak mereka melalui e-learning.

Apakah itu e-learning?

E-learning ialah kaedah pembelajaran atas talian. Ia merupakan sistem pembelajaran berdasarkan pengajaran formal tetapi dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada.

Kini, syarikat swasta dan kerajaan bersama berusaha menyediakan rancangan pembelajaran kepada para pelajar sepanjang tempoh PKP. Justeru itu, terdapat pelbagai rancangan pembelajaran yang boleh diakses secara percuma, antaranya ialah:

1. Digital Learning (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Digital Learning KPM ialah salah satu platform pembelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai inisiatif pembelajaran digital untuk murid di rumah. Sebelum mengakses Digital Learning KPM ibu bapa hendaklah mendapatkan emel yang disediakan kepada anak mereka daripada pihak sekolah. Setelah mendapatkan emel yang disediakan anak anda boleh mengakses Digital Learning KPM di sini.

E-learning percuma untuk anak dirumah
Kredit: Portal Digital Learning KPM

Berikut ialah antara item yang terdapat dalam portal Digital Learning KPM yang boleh diakses oleh murid.

E-learning percuma untuk anak dirumah
Kredit: Facebook group TcherCollection – TC by Pena Cikgu Ieyta

2. Portal EduWebTV

Portal EduWebTV ialah TV pendidikan di Malaysia yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana jua secara percuma. Di sini anda boleh dapatkan video pendidikan dan pengajaran untuk semua mata pelajaran bagi sekolah rendah dan menengah. Oleh itu, anda boleh mengakses Tv pendidikan ini di Portal EduWebTV.

E-learning percuma untuk anak dirumah
Kredit: Portal EduwebTV

3. Slot TV Pendidikan TV Okey

Slot TV Pendidikan disiarkan di TV Okey selama 2 jam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Program ini bermula pada 6 April dan mempunyai 2 sesi waktu siaran iaitu sesi pertama bermula 9.00 pagi hingga 9.54 pagi manakala sesi kedua ialah bermula pada pukul 1.00 tengah hari hingga 1.47 tengah hari.

Anda boleh mendapatkan susunan Program Rancangan TV Pendidikan dengan melayari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

E-learning percuma untuk anak dirumah
Kredit: Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor

4. Learning Port Interactive

Learning Port Interactive antara penerbit buku teks yang turut menyediakan sumber rujukan dalam talian dan banyak membantu dalam proses pembelajaran pelajar. Sepanjang tempoh PKP Learning Port Interactive telah menawarkan akses secara percuma selama 1 bulan.

Dengan ini pelajar boleh menikmati video animasi, peta minda, nota ringkas dan pelbagai permainan menarik yang boleh membantu dalam proses pembelajaran mereka.

E-learning percuma untuk anak dirumah
Kredit: Facebook Learning Port Sdn Bhd

5. Oxford Fajar

Ekoran daripada PKP pihak penerbit Oxford Fajar juga telah sudi memberikan akses secara percuma dengan menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

Lembaran latihan digital ini merangkumi subjek-subjek sekolah rendah hingga sekolah menengah. Ia boleh diakses oleh semua murid sehingga 30 April 2020. Anda boleh akses latihan Oxford Fajar di sini.

E-learning percuma untuk anak dirumah
Kredit: Laman Web Oxford Fajar

6. Bacflix

Bacflix ialah portal pembelajaran dalam talian percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh Kumpulan Pendidikan BAC. Kumpulan ini bermatlamat untuk menyediakan akses pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar Malaysia berdasarkan silibus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bacflix telah menyediakan 6 portal pembelajaran dalam talian seperti SPMflix, PT3flix.com, UPSRflix.com, SJKCflix.com, SJKTflix.com dan IGCSEflix.com.

akses E-learning percuma untuk pelajar dirumah
Kredit: Laman Web Bacflix

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> COVID-19: Virus Pada Tenggiling Sama Dengan nCoV

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here