Korang kini boleh bermain, bergambar dan merakam video bersama pelbagai haiwan secara virtual

Pada persidangan I/O pada tahun 2019, Google mengumumkan bahawa mereka akan menambah carian objek-objek Augmented Reality (AR) melalui smartphone. Sejak tahun itu, Google mempunyai sekumpulan haiwan 3D menggunakan AR yang boleh korang lihat menerusi Google Search.

Google 3D Animals

Mok nangga kedak real haiwan hanya duduk di rumah, just pake phone jak 🐼🦁🐻#3Dgoogle #stayhomechallenge

Posted by SukaSuka on Khamis, 2 April 2020

Cara menggunakan Google 3D Animal

Matlamat objek-objek AR tersebut ditambah untuk pencarian adalah kerana dipercayai bahawa cara paling mudah untuk mengetahui sesuatu adalah dengan melihatnya.

Dengan melihat objek dalam AR, pengguna dapat melihat skala objek tersebut secara terperinci yang tidak mungkin dapat dilihat dari sekadar gambar sahaja.

Untuk memastikan ia mudah untuk diakses oleh pengguna, Google meletakkan haiwan dan objek AR yang lain pada bahagian atas halaman hasil carian di Google.

Sebagai contoh, pencarian “harimau” akan menunjukkan Panel Google Search Knowledge. Panel ini sering muncul semasa pencarian filem, selebriti terkenal, dan lain-lain. Untuk haiwan 3D melalui Google, anda akan dapat lihat gambaran tentang haiwan itu, beberapa imejnya, dan satu bahagian yang mengatakan “Meet a life-sized tiger up close” dan butang “View in 3D“. Butang itu akan melancarkan pengalaman AR.

haiwan 3D smartphone

Apa yang diperlukan untuk menggunakan Google 3D Animal

Kemudahan ini berbeza pada setiap device. Kebiasaannya, korang mungkin tidak dapat melihat objek AR atau 3D pada komputer atau laptop. Sebaliknya, korang memerlukan smartphone untuk melihat haiwan tersebut.

Kebanyakan smartphone moden boleh digunakan. Untuk melihat objek dan haiwan AR di Google Search korang perlu :

  • Smartphone atau tablet Android: Android 7.0 atau lebih tinggi dengan pre-installed Google Play Store
  • iPhone/iPad: iOS 11.0 atau lebih tinggi

Senarai haiwan 3D yang ada setakat ini

  • Buaya
  • Angler Fish
  • Beruang
  • Kucing
  • Cheetah
  • Rusa
  • Anjing
  • Pomeranian
  • Pug
  • Rottweiler
  • Itik
  • Helang
  • Penguin
  • Panda
  • Hedgehog
  • Kambing
  • Kuda
  • Harimau Bintang
  • Singa
  • Macaw (Burung Kakak Tua)
  • Sotong Gurita
  • Racoon
  • Ikan Jerung
  • Shetland Pony
  • Ular
  • Harimau
  • Penyu
  • Serigala
Tiger in your room! Google AR search lets you bring 3D animals in ...
Sumber : The Indian Express

Korang cubalah sekarang dengan haiwan kegemaran korang dan kongsikan hasilnya kepada kami.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here