Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan kita?

Setiap hari pada pukul 5 petang, satu wajah akan muncul di skrin televisyen dan sesi Facebook Live untuk menyampaikan berita tentang perkembangan Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 57, semakin menarik tumpuan seluruh rakyat Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan untuk menangani wabak Covid-19.

Datuk Dr Noor Hisham yang berdiri sambil tersenyum semasa bertugas.
Sumber: The Malaysian Medical Gazette

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilahirkan di Sepang, Selangor pada 21 April 1963. Beliau mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, beliau juga menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Kuala Lumpur  pada bulan Ogos 1988.

Kemudian, beliau menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihan di beberapa universiti yang terletak di Adelaide dan Sydney, Australia. Pada tahun 1998, beliau menjadi Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin, Jabatan Pembedahan di Hospital Kuala Lumpur. Selepas empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya.

Selepas itu, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah juga memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 29 Januari 2008. Kini, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang menggantikan Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman.

Datuk Dr Noor Hisham tersenyum semasa mendapat anugerah
Sumber: Google

Antara pengiktirafan dan anugerah yang berjaya dicapai oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah iaitu:

  1. 5 April 2014 – Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
  2. 26 Ogos 2013 – Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.)
  3. 17 Mei 2013 – Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.)
  4. 17 Mei 2010 – Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.)
  5. 2 Jun 2007 – Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
  6. 5 Jun 2004 – Kesatria Mangku Negara (K.M.N)
  7. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL
  8. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL

Antara lantikan khas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, iaitu:

  1. Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong (2008)
  2. Sri Lanka College of Surgeon special guest Colombo (2010)
  3. British J Surgery Lecture (Birmingham) (2010)
  4. 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan (2011)
  5. Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India (2011)
  6. 13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore (2012)
  7. Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur (2012)
  8. General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania (2012)
  9. Fellow of the Royal College of Physicians London, UK (2012)
  10. Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital (2013)

Walaupun beliau penat mengendalikan krisis yang begitu serius, wajah dan penampilannya sentiasa tenang.

“Harapan negara kini disandarkan ke bahu kita. Sama ada kita berjaya atau tidak, ia bergantung kepada kita untuk meneraju perjuangan ini dan melakukan yang terbaik demi Raja dan negara.”UJAR datuk DR NOOR HISHAM.

Baca lagi artikel menarik mengenai Covid-19: WHO Pilih Malaysia Sebagai Pusat Penyelidikan Rawatan Covid-19

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here