Komuniti pembuat di Sarawak beri sokongan kepada petugas barisan hadapan Covid-19 menggunakan teknologi digital.

Sarawak Multimedia Authority (SMA) berperanan sebagai penggerak digital ekonomi sentiasa menyokong inisiatif digital daripada rakyat Sarawak.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), SMA melalui Unit Digital Village, telah menyatukan komuniti pembuat di Sarawak untuk memenuhi niat mereka dalam membantu petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19.

Image may contain: 2 people, people standing and indoor Sarawak
Sumber: Sarawak Covid19 3D Printers Union

Proses penghasilan pelindung muka menggunakan 3D Printing

Komuniti pembuat sedang bekerjasama membuat pelindung muka menggunakan 3D Printing dan pemotong laser.

No photo description available.
Sumber: Sarawak Covid19 3D Printers Union

Komuniti pembuat ini terdiri daripada pelbagai organisasi seperti Startups, Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Social Enterprise (SE), Pendidik STEM, Badan bukan Kerajaan (NGOs) dan individu dari seluruh Sarawak.

Dengan kekuatan lebih daripada 100 orang sukarelawan membuat PPE di rumah mereka sendiri, mereka menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak 10,000 unit PPE dalam jangka masa terdekat.

Disamping itu, komuniti pembuat juga dalam usaha untuk menghasilkan alat bantuan pengaliran udara dan kotak perlindungan intubasi untuk anestetik.

Selain itu, mereka juga mengumpul sumbangan untuk membekalkan petugas barisan hadapan dengan sarung tangan, topeng N95 dan termos.

Sumber: Sarawak Multimedia Authority (SMA)

“Sebagai pemain utama dalam ekosistem Ekonomi Digital, SMA bangga melihat semangat sukarelawan di kalangan masyarakat dalam membantu menangani krisis ini.

“Mereka berupaya melaksanakan inisiatif ini dengan menggunakan teknologi bagi membantu petugas barisan hadapan menghadapi Covid-19.

“Usaha-usaha ini membuktikan betapa pentingnya akses kepada teknologi digital dan pendidikan, seterusnya dapat membantu masyarakat dan negara secara keseluruhan,” kata Dr Zaidi Razak, Pengurus Besar, Sarawak Multimedia Authority.

Untuk berhubung dan menyumbang kepada komuniti, sila hubungi Kenneth dari The Learning Curve di 017-8088700.

Tontoni bagaimana komuniti pembuat di Sarawak menghasilkan topeng muka dari 3D printing dan pemotong laser:

Usaha Komuniti 3D Printing Sarawak cipta TOPENG MUKA 3D

Terima kasih kepada usaha komuniti 3D Printing Sarawak bantu cipta TOPENG MUKA 3D! Kredit: The Learning Curve Proteus 3D Printer Sarawak Multimedia Authority Sarawak Covid19 3D Printers Union

Posted by SukaSuka on Sabtu, 28 Mac 2020

 

Baca lagi artikel menarik mengenai Covid-19: Banduan Penjara Puncak Borneo Jahit PPE Untuk Frontliners

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here