“PKP Mengakibatkan Peningkatan Kes Penderaan Domestik” – Aktivis

Seperti yang kita ketahui untuk mencegah penularan wabak COVID-19 kerajaan telah mengambil pendekatan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia bertujuan bagi memutuskan rantaian COVID-19 daripada terus menjangkiti.

Namun begitu, di sebalik pelaksanaan PKP menimbulkan kerisauan daripada pihak aktivis.

Hal ini demikian kerana menurut pendapat aktivis dengan perlaksanaan PKP akan menyumbang kepada perlakuan kes penderaan yang lebih serius. Ini kerana semasa PKP mangsa penderaan meluangkan masa yang agak panjang bersama dengan pelaku penderaan.

Kes Penderaan semasa PKP
Kredit: Kisah Rumah Tangga (Facebook)

Mangsa penderaan berkongsi masalah mereka di media sosial (seperti screenshot di atas) bertujuan untuk mendengar pandangan atau pendapat masyarakat atas masalah yang dihadapi oleh mereka.

kes penderaan semasa tempoh PKP
Kredit: Prostock-studio

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), semenjak pandemik menular negara Lubnan dan Malaysia telah mencatatkan jumlah panggilan helpline meningkat sebanyak 2 kali ganda berbanding dengan bulan yang sama pada tahun lepas.

Manakala di Australia, enjin carian seperti Google mencatatkan magnitud tertinggi pencarian ialah ‘bantuan keganasan rumah tangga’ dalam tempoh 5 tahun lalu.

Domestic violence during MCO
Kredit: The Sun Daily

Ekoran daripada permasalahan tersebut terdapat kenyataan daripada pihak media tempatan mendapati panggilan Talian Kasih meningkat sebanyak 57% sejak bermula tempoh PKP.

Namun begitu, pihak KPWKM menegaskan bahawa peningkatan jumlah peratusan tersebut merangkumi semua kategori, termasuk panggilan berhubung COVID-19, rujukan kes-kes bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes kaunseling dan lain-lain.

Manakala menurut Tan Heang-Lee iaitu Pegawai Advokasi dan Komunikasi Pertubuhan Wanita (WAO), pada awal pelaksanaan PKP terdapat penurunan panggilan hotline dan pertanyaan Whatsapp mengenai penderaan domestik.

Penderaan semasa PKP
Kredit: Choo Choy May

Dari 1 hingga 17 Mac purata panggilan hanya 10.5 setiap hari. Namun antara 18 hingga 31 Mac, jumlah tersebut meningkat sebanyak 14% di mana mereka menerima laporan sebanyak 12 kes sehari.

Pengarah program Pusat Pergerakan wanita (WCC) Karen Lai Yu Lee berkata keganasan rumah tangga semakin meningkat ekoran daripada pandemik disebabkan tekanan ekonomi, sosial dan psikologi terhadap keluarga dan masyarakat.

Ini kerana kebanyakan mereka yang membuat panggilan di WCC adalah untuk meminta bantuan kewangan, makanan, barangan runcit dan selain itu ada yang mengalami kerisauan dan kesunyian akibat PKP.

Intihannya, jelas terlihat masalah keganasan rumah tangga ini masih berlaku di dalam kalangan masyarakat kita. Justeru itu, sebagai masyarakat bertanggungjawab kita hendaklah bekerjasama membanteras masalah penderaan ini daripada berterusan.

Jika anda seorang mangsa penderaan segeralah mendapatkan bantuan melalui Talian Helpline yang disediakan dibawah :

  1. Talian Kasih 15999 Talian Helpline Kebajikan Sarawak 082-514141
  2. Women Aids Organisation (WAO) hotline +603-7956 3488 / WhatsApp TINA +6018 988 8058
  3. All Women’s Actions Society (AWAM) 03-7877 0224

 

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Kes Kluster Itali Di Sarawak: Jangan Jadikan Isu COVID-19 Satu Hal Perkauman

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here