Hotel telah dijadikan sebagai salah satu pusat kuarantin selama 14 hari untuk rakyat Sarawak yang balik dari luar Sarawak.

Berikut ialah pengalaman seorang rakyat Sarawak yang wajib menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuching selama 14 hari setelah pulang ke Sarawak.

Azza* (bukan nama sebenar) telah pulang ke Sarawak pada 12 April 2020 lalu. Atas Perintah Kawalan Pergerakan, beliau wajib menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Baca pengalaman Azza yang dikongsinya bersama Team SukaSuka mengenai pengalaman kuarantin beliau di Hotel Pullman, Kuching:

Proses Pergerakan Ke hotel

Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, saya diberikan beberapa dokumen daripada pihak Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Semua penumpang yang sama flight dengan saya akan dikuarantinkan di hotel yang sama. Kami menjalani proses yang sama.

Sumber : Sarawak Multimedia Authority (SMA)

Dalam dokumen tersebut terdapat notis mengenai Quarantine Order (QO), Digital Tracking dan gelang tangan QR yang saya perlu gunakan sebelum ke imigresen.

Selepas itu, saya dikehendaki untuk mengisi borang di kaunter yang telah disediakan oleh pihak lapangan terbang.

 

 

 

Dalam gambar ini saya tengah mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak

Saya perlu mengemukakan surat pengesahan kepada pihak Imigresen sebelum keluar dari lapangan terbang.

Selepas itu, staf lapangan terbang menunjukkan bas yang perlu saya naiki untuk ke hotel yang telah ditetapkan.

Sebaik tiba di hotel, saya diberi taklimat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mereka memberikan saya panduan menjalani kuarantin dan sehelai borang untuk diisikan sebelum masuk ke bilik masing-masing.

Selepas selesai mengisi borang dan hantar borang tersebut, saya diberikan kunci bilik untuk dikuarantin selama 14 hari.

“Wajib Pakai Gelang Tangan QR Ke Mana-Mana, Mandi Pun Kena Pakai!”

Saya perlu melapor lokasi saya dua kali sehari pada pukul 8 pagi dan 8 malam. Untuk melapor, saya perlu login menggunakan smartphone untuk scan QR code yang terdapat pada gelang tangan QR.

Username merupakan nombor I.C saya dan kata kunci ada pada gelang tangan QR tersebut. Selepas login saya akan Log Location (dilakukan secara automatik) dan akan keluar mesej seperti berikut selepas selesai:

Gelang tangan QR adalah kalis air dan tidak boleh dibuka. Ia hanya boleh dibuka menggunakan gunting selepas tamat tempoh kuarantin. Gelang tersebut tahan lasak dan tidak mudah rosak sebab keadaannya masih elok walaupun saya menggunakannya ketika mandi dan tidur.

Setiap hari, saya perlu melaporkan jika ada mengalami apa-apa simptom Covid-19 seperti demam, batuk dan kesesakan nafas. Syukur, buat masa sekarang saya tidak mengalami apa-apa simptom.

Setiap seorang akan diberikan sebuah bilik melainkan :

  • pasangan suami isteri akan kongsi satu bilik
  • pasangan suami isteri mempunyai anak kecil kongsi satu bilik

Video menunjukkan bilik saya di Hotel Pullman Kuching. Sangat luas!

Antara kelengkapan yang disediakan oleh pihak hotel:

Berikut merupakan makanan yang saya terima diberikan oleh pihak hotel:

  • Diberikan kepada saya sekali bersama kunci bilik (12 April 2020)

  • Makanan untuk sarapan pagi (13 April 2020)

  • Makanan untuk tengah hari (13 April 2020)

Sangat sedap makanan yang dihidangkan kapada saya. Cara pihak hotel menghantar makanan adalah mereka akan mengetuk pintu dan menyatakan “room service” sekali sahaja, dan mereka akan meletakkan makanan tersebut di atas meja di luar setiap bilik.

“Ibu ingin menghantar laksa Sarawak tapi tak dibenarkan”

Ibu saya ingin menghantar laksa Sarawak kepada saya tetapi pihak hotel tidak membenarkan makanan dari luar. Teringin sangat nak makan laksa Sarawak tapi tak mengapa kerana saya hanya perlu bertahan selama 14 hari.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Sarawak, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak Hotel Pullman atas layanan dan prihatin kepada saya.

“Janganlah korang meminta yang bukan-bukan kepada pihak hotel dan KKM”

Nasihat saya kepada yang sedang dikuarantin, janganlah korang meminta yang bukan-bukan kepada pihak hotel dan pihak KKM seperti mahukan bilik menghadap permandangan sungai kerana mereka sangat sibuk untuk memastikan penyebaran Covid-19 dapat dihentikan. Bersyukurlah kita dengan apa yang ada.

*****

Ketika ini, antara hotel yang dipilih sebagai pusat kuarantin ialah:

Kuching

  • Pullman
  • Hock Lee
  • Rajah Court Dormani
  • Kuching Park

Bintulu

  • Park City Everly

Miri

  • Somerset
  • Mega
  • Ostay Inn
  • Cosy Inn
  • Imperial Palace
  • Eastwood Resort
  • Imperial

Limbang

  • Purnama

Pihak kerajaan Sarawak juga ada menyatakan akan menambah bilangan bilik hotel pada masa terdekat untuk menampung penambahan rakyat Sarawak yang akan pulang.

Baca lagi artikel menarik mengenai Lawatan Perkhidmatan Doktor Udara Di Miri, Kapit, Sibu, Sarikei Dan Sri Aman Mulai 8 April

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here