Rupanya ada gajet untuk mengukur suhu badan, membersihkan air dan mengajar orang bernafas.

Zaman moden kini, kita tidak mampu lari dari kegunaan gajet dalam aktiviti harian kita, jadi lagi elok jika kita dapat amalkan kegunaan gajet kesihatan sekali.

Banyak gajet kesihatan boleh didapati di pasaran kini. Walaupun harganya agak mahal, ianya berbaloi untuk kesihatan korang juga. Jadi tak rugi korang spend lebih yer.

Sumber : Google

1. Withings Thermo

Gajet ini berfungsi seperti termometer untuk mengukur suhu korang. Cara menggunakan Thermo sangat mudah, korang hanya tujukan alat ini ke dahi.

Gajet ini juga boleh connect dengan aplikasi di smartphone. Semua bacaan suhu akan direkod dalam aplikasi tersebut. Korang boleh create akaun individu sebanyak 8 orang dalam aplikasi ini, jadi ianya akan mudah untuk memantau suhu setiap ahli keluarga korang.

Tambahan pula, aplikasi tersebut akan memberitahu sama ada ukuran suhu korang berada dalam lingkungan yang sihat atau tidak berdasarkan umur.

LARQ on Twitter: "While we loved the name QUARTZ, we are excited ...kesihatan
Sumber : Google

2. Botol air Larq

Gajet ini merupakan botol yang berfungsi untuk membersihkan air agar ianya selamat untuk diminum. Dengan hanya perlu mengisi air ke dalam botol tersebut dan menekan butang pada penutup botol tersebut, selepas 1 minit korang boleh menikmati air bersih.

Botol ini dapat bertahan selama 2 bulan selepas ianya dicas sepenuhnya. Botol ini juga secara automatik akan membersihkan air untuk setiap 2 jam dan dapat mengekalkan kesejukan air selama 24 jam.

gajet
Sumber : Google

3. Gajet Somnox

Gajet berbentuk bantal ini amat sesuai untuk yang suka tidur sambil peluk sesuatu.

Bantal ini akan “mengajar” korang cara bernafas yang paling berkesan tanpa disedari. Semasa memeluk bantal tersebut, pernafasan korang akan diselaraskan dengan pernafasan bantal robot ini dengan sendirinya.

Corak pernafasan yang dihasilkan oleh bantal ini adalah santai dan perlahan yang akan menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah menyababkan korang mudah untuk tidur.

Baca lagi artikel menarik mengenai Covid-19: Minum Air Suam Boleh Cegah Virus Masuk Badan? Ini Penjelasannya

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here