Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menamakan pengerusi dan CEO WWE Vince McMahon sebagai penasihat untuk membantu membuka semula ekonomi Amerika Syarikat.

Tidak, ini bukan rancangan gusti di mana Donald Trump masuk ke arena gusti WWE.

McMahon mempunyai sejarah dengan Trump di mana presiden AS telah membotakkan kepalanya sewaktu WrestleMania “Battle of the Billionaires” pada tahun 2011.

Dalam kenyataan beliau, Presiden AS mengumumkan bahawa beliau sedang mengumpulkan satu pasukan terdiri daripada pesuruhjaya dari 4 sukan terbaik negara tersebut.

Ketua NBA Adam Silver, ketua NFL Roger Goodell, ketua MLB Rob Manfred dan ketua NHL Gary Bettman antara 14 tokoh sukan penting yang dilantik untuk menasihati kerajaan AS tentang masa yang sesuai untuk mengadakan acara sukan.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> “Dia Sepak Aku Tengah Hamil Sebab Tak Bagi Dia Keluar”, Kes Dera Wanita Naik Semasa PKP

Dalam perkembangan lain, WWE akan dibenarkan untuk terus pertunjukan secara langsung di Performance Center, Orlando tanpa penonton.

WWE dianggap sebagai ‘perniagaan penting’ dan mendapat kebenaran untuk meneruskan rakaman dari tempat latihan setiap minggu walaupun AS kini berada di bawah perintah berkurung.

Sebelum dilantik sebagai penasihat ekonomi Trump, McMahon juga pernah menjadi ahli gusti di WWE.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here