DIY hand sanitizer ini merupakan alternatif lain jika kehabisan stok dan sukar untuk mendapatkan yang baru.

Suka untuk diingatkan bahawa mencuci tangan dengan menggunakan sabun ialah cara yang terbaik untuk membersihkan tangan daripada kuman dan virus. Pengunaan hand sanitizer hanya digalakkan jika korang tiada akses kepada air dan sabun.

Coronavirus: Hand Sanitiser Vs Soap And Water, Which Is The Best ...
Sumber : Google

Formula DIY Hand Sanitizer

Alkohol diperlukan dalam formula ini. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, campuran sanitizer mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol untuk berkesan.

Sebaiknya 75% daripada kandungan campuran sanitizer tersebut ialah alkohol.

1. Dalam bentuk gel

Gunakan kaedah 3:1 untuk campuran sanitizer, di mana 3 bahagian isopropyl alcohol untuk setiap 1 bahagian gel aloe vera.

Tambahkan beberapa titis minyak pati dalam hand sanitizer untuk memberikan aroma yang menyenangkan.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Covid-19: Minum Air Suam Boleh Cegah Virus Masuk Badan? Ini Penjelasannya

2. Dalam bentuk spray

Campurkan 12 oz Isopropyl alcohol dengan 2 sudu teh glycerol. Campuran ini penting kerana ia akan mengelakkan alkohol daripada mengeringkan tangan.

Sekiranya tidak ada glycerol, boleh skip bahan tersebut tetapi sentiasa lembapkan tangan selepas menggunakan sanitizer tersebut.

Selepas itu, campurkan 1 sudu besar hydrogen peroxide dan 3 oz air suling / rebus.

Akhir sekali, masukkan campuran tersebut kedalam botol spray dan ianya sudah sedia untuk digunakan

Sekiranya alkohol berkonsentrasi rendah digunakan, hanya tambah sedikit sahaja air suling / rebus. Ingat bahawa 3/4 daripada campuran akhir sanitizer mestilah mengandungi alkohol.

Campuran formula ini berdasarkan campuran yang disyorkan oleh World Health Organization (WHO)

Nota penting: DIY hand sanitizer ini tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here