Duit pelaburan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sudah boleh dikeluarkan secara online menerusi portal myASNB. Had pengeluaran secara online ialah RM500 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga hujung bulan April. Ini mungkin akan menyebabkan ramai orang hilang punca pendapatan. Jadi untuk korang yang mempunyai duit pelaburan dalam akaun ASNB, ianya boleh dikeluarkan secara online dan tidak perlu pergi ke cawangan lagi mulai 20 April 2020.

Langkah-langkah pengeluaran duit pelaburan ASNB secara online.

1. Login ke akaun myASNB

Pastikan nombor telefon korang telah dikemas kini supaya akaun myASNB boleh digunakan. Kemas kini tersebut boleh dilakukan di cawangan berdekatan.

Untuk login, boleh di lakukan di MyASNB.

Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad

2. Klik Portfolio, kemudian klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki dan pilih Jualan Balik

Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad

3. Pastikan maklumat bank korang betul dan klik Seterusnya

online
Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Nak Beli Tapi Stok Asyik Habis? Ini Panduan Membuat DIY Hand Sanitizer!

4. Baca, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya

online
Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

5. Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya

online
Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad

6. Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan klik Teruskan

online
Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad

7. Klik Permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya

Kod TAC akan dihantar ke nombor telefon yang telah dikemas kini.

online
Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

8. Transaksi korang berjaya!

online
Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad

Korang boleh mula melakukan urus niaga jualan balik melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB bermula pada 27 April 2020.

Waktu operasi sedia ada bagi portal myASNB dan aplikasi mudah alih myASNB:

  • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi – 6:00 petang waktu tempatan, Isnin – Ahad*
  • Unit Amanah Harga Berubah 7:00 pagi – 4:00 petang waktu tempatan, Isnin – Ahad*

*kecuali cuti umum

Wang akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya. Urus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu bulan. Sebagai contoh:

Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad

Semoga ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here