Kenalpasti telefon pintar yang sesuai untuk keperluan anda walaupun hanya kerja di rumah. 

Tidak perlu risau walaupun hanya kerja di rumah, anda boleh cari model telefon pintar yang sesuai untuk anda. Jika dahulunya penggunaan telefon pintar terhad untuk tujuan komunikasi sahaja, fungsinya kini telah dipelbagaikan sejajar dengan berkembangnya perkhidmatan atas talian dan juga aplikasi baru yang memudahkan bermacam-macam jenis urusan di pasaran.

Justeru, syarikat pengeluar telefon pintar berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon dengan fungsi dan ciri baru serta lebih canggih daripada model-model sedia ada dalam pasaran. Berikut adalah senarai beberapa telefon pintar yang bakal dilancarkan tahun ini beserta ciri khas masing-masing.

1. Samsung Galaxy Fold 2

telefon ini sudah ada di pasaran
Kredit: Union Journalism

Telefon boleh-lipat mempunyai fungsi 2 dalam 1 di mana ia berupaya menjadi tablet dan juga telefon pintar biasa memudahkannya dibawa ke mana-mana. Dikhabarkan telefon keluaran syarikat Korea Selatan ini bakal dilengkapi kamera 108MP, zum optikal 5x, sokongan rangkaian 5G dan pengecasan pantas.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Duit ASNB Dah Boleh Keluar Secara Online RM500 Sebulan, Ini Caranya 

Selain itu, ia dijangka akan dihasilkan dalam empat versi- keluli tahan karat, seramik, alumunium dan kaca biasa yang bakal dijual pada harga berbeza dan datang dalam pelbagai warna- biru, perak, emas, merah jambu dan hitam.

2. iPhone 12

Umpama sebuah tradisi, syarikat gergasi Amerika Syarikat, Apple Inc akan melancarkan model telefon pintar terbaharu pada bulan September setiap tahun. Walaubagaimanapun, pelancaran model terbarunya, iPhone 12 dijangka akan ditunda ekoran penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda.

Difahamkan Apple akan mengeluarkan enam model untuk iPhone 12, iaitu iPhone 12, iaitu iPhone 12 Pro 4G, iPhone 12 Pro 5G, iPhone 12 Pro Plus 4G, iPhone Pro Plus 5G dan iPhone Pro Max 5G.

3. Google Pixel 4a

telefon pintar yang sesuai untuk kerja dari rumah

Pixel cukup terkenal dengan kemampuan kamera yang mengagumkan bagi sebuah peranti kelas pertengahan. Model-model sebelumnya, Pixel 3a dan Pixel 3a XL sering menjadi rebutan ramai pengguna kerana mempunyai prestasi sebaris dengan model keluaran syarikat lain pada harga yang lebih mampu milik.

Pixel 4a dijangka bakal mengulangi kejayaan yang sama. Model terbaharu ini dilaporkan dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 730, 6GB RAM, kamera 12MP, skrin berukuran 5.81 inci dengan rekaan punch hole display di bahagian tengah, storan dalaman sebesar 64GB dan 128GB UFS2.1 dan kapasiti bateri 3080mAh.

4. Sony Xperia Pro

Xperia jenis beru kini akan ada di pasaran, sesuai untuk duduk di rumah
Kredit: wiser.my

Pada Februari lalu, Sony telah mengeluarkan teaser model Sony Xperia Pro. Model keluaran Sony ini mempunyai tiga kamera belakang, rakaman 4K dan ciri-ciri tetapan kamera alpha dan menyokong rangkaian 5G.

Kualiti kameranya yang dijangka setaraf dengan kualiti rakaman kamera sebenar bakal menarik perhatian golongan perakam video professional.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here