Dengan adanya aplikasi online, urusan pembelian makanan dan keperluan harian semudah satu klik sahaja di hujung jari anda. 

Semua aplikasi online kini hanya di hujung jari anda ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sehingga 28 April 2020, pembelian makanan dan keperluan harian secara atas talian satu langkah selamat untuk melindungi diri daripada risiko jangkitan COVID-19.

Pelbagai pilihan samada makanan segar, barang dapur, keperluan penjagaan kesihatan serta kebersihan diri dan macam-macam lagi boleh dibeli dari hujung jari. Berikut adalah antara senarai aplikasi online yang menawarkan pelbagai pilihan.

1. Grab

Grab hanya di hujung jari anda.

Aplikasi online iaitu Grab kini menjadi pilihan popular kerana fungsinya yang pelbagai. GrabFood menawarkan khidmat penghantaran makanan, GrabMart membolehkan pembelian keperluan harian daripada pasaraya dan juga farmasi manakala GrabCar memudahkan pergerakan bagi mereka yang berdepan dengan masalah pengangkutan. Anda hanya perlu muat turun aplikasi di Apple App Store atau Google Play Store.

2. Foodpanda

foodpanda boleh dipesan dengan hanya satu klik

Selain itu, aplikasi online iaitu Foodpanda menyediakan khidmat penghantaran makanan, manakala Pandamart membolehkan pengguna membeli barang dapur dan juga ubat-ubatan daripada pasaraya dan farmasi yang berdaftar dengannya. Muat turun aplikasi ini melalui App Store atau  Google Play Store.

3. Lyfe

Lyfe merupakan aplikasi online yang juga boleh dijadikan pilihan utama.

Perkhidmatan yang ditawarkan bertumpu di bandar raya Kuching. Aplikasi ini menawarkan khidmat penghantaran makanan dan menerusi LyfeMart, pembelian barang keperluan lain turut tersedia. Aplikasi Lyfe boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Duit ASNB Dah Boleh Keluar Secara Online RM500 Sebulan, Ini Caranya 

4. Planet Kuching

Planet Kuching kini boleh didapati  di hujung jari sahaja

Aplikasi ini mempunyai sistem yang lebih mesra pelanggan di mana carian mudah dikelaskan mengikut lima ciri utama- Address, Name, Street, Cuisine dan Food. Sistem sebegini menjimatkan masa terutamanya untuk pelanggan yang sudah pasti mengenai jenis makanan atau restoran tempahan yang mereka inginkan. Selain itu, ia turut menyediakan pilihan Cash on Delivery (COD) untuk mereka yang lebih selesa dengan kaedah konvensional bayaran tunai. Aplikasi ini boleh didapati Apple App Store dan Google Play Store.

5. Bego

Aplikasi online yang juga boleh digunakan untuk order secara online

BeGo merupakan aplikasi serbaguna di mana khidmatnya meluas untuk pelbagai urusan samada tempahan dan penghantaran makanan serta barang keperluan mahupun khidmat pos dan juga bekalan perubatan.

Walaupun kesemua khidmat ini bertumpu di bandar Miri sahaja buat masa ini, perkhidmatan bagi kawasan Kuching turut dijangka diluaskan juga untuk servis pos dan bekalan perubatan di masa akan datang. Di samping itu, BeGo juga berhasrat untuk melebarkan jaringan perkhidmatannya ke bandar-bandar lain di Sarawak pada satu masa kelak. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store.

6. Yummi Hero

Aplikasi online iaitu Yummi Hero hanya hujung jari.

Berbeza dengan kebanyakan aplikasi yang lain, Yummi Hero menawarkan masakan air tangan golongan home chef. Justeru, ia menyajikan pilihan yang lebih pelbagai, tidak terhad hanya kepada menu ruji yang sering disediakan oleh restoran-restoran biasa.  Anda boleh memuat naik aplikasi ini di Google Play Store.

7. Morefun

more fun juga boleh diguna untuk memesan makanan. yang merupakan satu aplikasi online di hujung jari.

Selain itu juga, Morefun turut memberi perkhidmatan menghantar barangan runcit dan makanan ke rumah. Terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan dan jenis makanan yang anda boleh pilih di aplikasi Morefun. Muat turun di Apple App Store atau di Google Play Store.

8. Helpy

helpy merupakan aplikasi terbaru untuk pesan makanan hanya di hujung jari.

Aplikasi Helpy juga merupakan salah satu aplikasi online yang menawarkan perkhidmatan yang meluas.  Lapan kategori perkhidmatan di paparan pilihan, iaitu CLEAN, MASSAGE, AUTO, DELIVERY, BEAUTY, SHOPPING, CARE dan HELPY GO bebas dipilih mengikut keperluan individu setiap pengguna. Aplikasi ini boleh didapati di Apple App Store atau di Google Play Store.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here