New Zealand, Taiwan, Jerman, Finland, Iceland, Denmark dan Norway antara tempat yang mencatatkan jumlah kematian Covid-19 terendah.

Baru-baru ini kecoh di media sosial membincangkan tentang kerajaan-kerajaan yang dikendalikan oleh pemimpin wanita merupakan antara yang terbaik dalam merespon krisis pandemik COVID-19 berbanding dengan negara lain.

Keadaan ini dibuktikan berdasarkan statistik yang disediakan oleh Our World in Data. Berdasarkan statistik tersebut menunjukkan jumlah kematian harian akibat COVID-19 per-juta di negara di bawah pimpinan wanita antara yang terendah berbanding dengan negara Eropah yang lain seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Statistik kematian negara Eropah akibat COVID-19
Sumber: European CDC – Station update worldwide

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> [Video] Apa Itu PPE ? Segalanya Anda Perlu Tahu Tentang Peralatan Perlindungan Diri 

Justeru, pasti ramai yang ingin tahu bagaimana pemimpin dunia wanita ini mampu mengendalikan pandemik COVID-19 lebih baik berbanding negara lain. Maka dengan ini admin ingin kongsikan alternatif yang digunapakai oleh mereka dalam berhadapan dengan krisis ini.

1. New Zealand

Perdana menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah mengambil tindakan awal dengan menghentikan pelancongan dan melakukan lockdown selama 1 bulan ketika berlakunya 9 kematian akibat COVID-19. Malahan ketika terdapat hanya 6 kes berlaku beliau melarang orang asing untuk masuk ke dalam negara tersebut sepenuhnya.

Selain itu, beliau turut menyediakan lokasi tertentu sebagai pusat kuarantin. Ia bertujuan bagi menempatkan penduduk New Zealand yang baru balik dari luar negara selama 14 hari. Ia sebagai salah satu langkah pencegahan untuk mengelak berlakunya penyebaran wabak COVID-19 kepada penduduk tempatan.

Negara yang diketuai pemimpin wanita terbukti terbaik menangani COVID-19 dan berdasarkan statistik bilangan kematian akibat covid-19 di negara mereka rendah berbanding dengan negara eropah yang lain
Kredit: Hagen Hopkins/Getty Images

2. Taiwan

Presiden Tsai Ing-wen mengambil langkah drastik setelah mendengar terdapat virus misteri daripada Wuhan, China. Maka beliau telah mengarahkan agar semua pesawat yang datang dari Wuhan harus diperiksa.

Selain itu, beliau turut melakukan intervensi awal dengan menubuhkan pusat saringan wabak dan juga meningkatkan produksi peralatan perlindungan diri seperti topeng muka. Di samping itu, Presiden Tsai turut melarang semua penerbangan dari China, Hong Kong dan Macau ke Taiwan.

Hasil intervensi awal yang telah dilakukan mencatatkan kurang daripada 500 kes dan 6 kematian daripada 23 juta orang populasi penduduk di Taiwan.

Intihannya, Amerika Syarikat telah mengiktirafkan Taiwan sebagai pemerhati dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Hal ini demikian atas kejayaan kerajaan Taiwan menangani wabak COVID-19 dengan baik sekali. Justeru, Taiwan telah mengeksport berjuta-juta topeng muka untuk membantu Kesatuan Eropah (EU) dan lain-lain.

Negara yang diketuai pemimpin wanita terbukti terbaik menangani COVID-19 dan berdasarkan statistik bilangan kematian akibat covid-19 di negara mereka rendah berbanding dengan negara eropah yang lain
Kredit: The Straits Times

3. Jerman

Canselor Jerman Angela Merkel telah memaklumkan rakyatnya bahawa virus ini serius dan akan menjangkiti 70% penduduk.

Sebagai langkah intervensi Jerman melakukan program saringan COVID-19 dalam skala yang besar. Sebanyak 350,000 ujian dilakukan setiap minggu bagi mengesan virus itu diperingkat awal. Hal ini menyebabkan pengasingan dan rawatan pesakit dengan lebih efektif.

Ekoran intervensi yang telah dilakukan menyebabkan angka kematian negara tersebut jauh lebih rendah berbanding dengan negara jiran Eropah yang lain.

Negara yang diketuai pemimpin wanita terbukti terbaik menangani COVID-19 dan berdasarkan statistik bilangan kematian akibat covid-19 di negara mereka rendah berbanding dengan negara eropah yang lain
Kredit: MARKUS SCHREIBER/POOL/AFP via Getty Images

4. Finland

Perdana menteri Finland Sanna Marin merupakan pemimpin yang termuda dunia iaitu 34 tahun. Beliau merupakan generasi milennial maka pendekatan yang digunakan adalah segar dan mudah diterima ramai.

Hal ini demikian kerana beliau menggunakan media sosial sebagai ejen utama bagi memerangi krisis COVID-19. Beliau mengambil pendekatan tersebut kerana beliau sedar tidak semua rakyatnya akan membaca akhbar.

Maka beliau mengundang influencer daripada pelbagai peringkat usia untuk menyampaikan maklumat berdasarkan fakta mengenai pengurusan wabak tersebut. Oleh itu, negara ini telah mencatatkan sebanyak hanya 59 kematian daripada sebanyak 5.5 juta populasi.

Negara yang diketuai pemimpin wanita terbukti terbaik menangani COVID-19 dan berdasarkan statistik bilangan kematian akibat covid-19 di negara mereka rendah berbanding dengan negara eropah yang lain
Kredit: State of the planet – Columbia University

5. Iceland

Perdana menteri Katrín Jakobsdóttir telah menawarkan ujian saringan koronavirus secara percuma kepada semua warganegaranya. Ujian saringan ini telah dilakukan dalam skala yang besar secara rawak.

Padahal sebilang besar di negara lain memiliki kit ujian terhad dan hanya memfokuskan pada individu yang mempunyai gejala aktif sahaja. Justeru itu, dengan melakukan intervensi awal ia bertujuan untuk mengesan dan melakukan kuarantin secara agresif kepada individu yang disyaki mempunyai kes COVID-19.

Negara yang diketuai pemimpin wanita terbukti terbaik menangani COVID-19 dan berdasarkan statistik bilangan kematian akibat covid-19 di negara mereka rendah berbanding dengan negara eropah yang lain
Kredit: You Tube

6. Denmark

Perdana menteri Denmark Mette Frederiksen sering mengadakan sidang media bertujuan untuk meyakinkan penduduk negara tersebut agar mengikuti arahan yang disampaikan oleh beliau dan pasukannya.

Pasukannya terdiri daripada Søren Brostrøm yang merupakan ketua pengarah kesihatan Denmark berperanan untuk mendidik penduduk tempatan melalui penjelasan fakta yang logik mengenai COVID-19.

Negara yang diketuai pemimpin wanita terbukti terbaik menangani COVID-19 dan berdasarkan statistik bilangan kematian akibat covid-19 di negara mereka rendah berbanding dengan negara eropah yang lain
Kredit: RITZAU SCANPIX/AFP VIA GETTY IMAGES

Selain itu, Ratu Margrethe II juga turut melakukan sidang media bagi mengingatkan rakyat mereka supaya mengambil langkah berjaga-jaga agar dapat mengurangkan penularan wabak ini daripada berterusan. Beliau menasihatkan bahawa betapa seriusnya pandemik ini.

Negara yang diketuai pemimpin wanita terbukti terbaik menangani COVID-19 dan berdasarkan statistik bilangan kematian akibat covid-19 di negara mereka rendah berbanding dengan negara eropah yang lain
Kredit: KIM REFSLUND, DR

7. Norway

Perdana menteri Norway Erna Solberg pula telah menggunakan idea inovatif di mana beliau menggunakan televisyen untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak di negara tersebut. Oleh itu, beliau telah membuat sidang media pendek selama 30 minit khusus kepada kanak-kanak.

Pada sidang media tersebut wartawan dewasa tidak dibenarkan untuk turut serta. Justeru melalui sidang media tersebut beliau akan menjawab semua pertanyaan anak-anak dari seluruh negara dan juga menjelaskan pada mereka agar tidak perlu berasa takut semasa krisis ini.

Negara yang diketuai pemimpin terbukti terbaik menangani COVID-19 dan berdasarkan statistik bilangan kematian akibat covid-19 di negara mereka rendah berbanding dengan negara eropah yang lain
Kredit: AAP

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here