Pasukan perubatan China berperanan untuk berkongsi kepakaran mereka bagi membantu usaha kerajaan negeri untuk mengekang wabak COVID-19 di Sarawak.

Semalam pada 26 April 2020 seramai 8 orang pakar perubatan China tiba di Kuching. Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Sarawak Lee Wee Ju, pasukan perubatan dari China ini akan berada di negeri ini selama 3 hari.

Pasukan ini diketuai oleh Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional China Wilayah Guangdong Dr Li Jun. Beliau turut disertai oleh ahli pasukan perubatan yang lain iaitu Dr Wen Miaoyun, Dr Zhang Youping, Dr Liu Tao, Dr Sun Jiufeng, Dr Yang Shifang, Dr Luo Xiao dan Dr Liu Xiangxin.

pasukan pakar perubatan dari China tiba di Sarawak untuk berkongsi kepakaran mereka bagi membantu usaha kerajaan negeri untuk mengekang wabak COVID-19 di Sarawak.
Kredit: Sinar Harian

Semua pakar-pakar ini terdiri daripada pelbagai bidang kemahiran antaranya pengkhususan tinggi dalam pernafasan, rawatan intensif, psikiatri, penyakit berjangkit, analisis data, virologi dan perubatan tradisional Cina.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Aplikasi Online: Beli Makanan dan Keperluan Harian dari Hujung Jari

Menurut Lee, pada hari ini 27 April 2020 pakar perubatan China akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan pasukan perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan ahli perubatan yang lain.

Esok (27 April), pasukan perubatan ini akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan pasukan perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS), ahli perubatan swasta dan pengamal perubatan tradisional serta sidang video bersama daerah lain di Wisma Bapa Malaysia bermula jam 9.00 pagi,” katanya.

pasukan pakar perubatan dari China tiba di Sarawak untuk berkongsi kepakaran mereka bagi membantu usaha kerajaan negeri untuk mengekang wabak COVID-19 di Sarawak.
Kredit: Sin Chew Daily

Manakala pada sebelah petang pula Dr Zhang yang merupakan pakar daripada Hospital Rakyat Wilayah Guangdong akan melawat HUS untuk menyediakan maklum balas kepada pasukan mengenai usaha negeri dalam mengekang COVID-19.

Selain itu, menurut Utusan Borneo, mereka juga dijangka akan menyerahkan 30,000 unit penutup mulut dan hidung termasuk 10,000 penutup mulut dan hidung jenis N95 kepada kerajaan negeri.

Seterusnya, pada 28 April, pasukan perubatan ini akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada jam 9 pagi.

Pasukan ini juga dijadual melawat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan akan bertolak ke Kota Kinabalu, Sabah pada hari yang sama.

Sepanjang lawatan mereka di Kuching mereka akan diiringi oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan iaitu Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Pasukan ini dijangka berlepas ke Kuala Lumpur pada Khamis sebelum kembali semula ke China pada Jumaat.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here