Pada 30 April ini rakyat Malaysia diseru untuk menyalakan lampu berwarna biru di kediaman masing-masing bersempena dengan Kempen Cahayakan Biru sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang gigih memerangi penularan Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, Kempen Cahayakan Biru akan diadakan di Kuala Lumpur bersempena dengan Hari Pekerja pada 1 Mei nanti.

Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk menyalakan lampu biru secara serentak di seluruh negara iaitu dari jam 10 malam pada 30 April dari sehingga 3 Mei.

bersempena Kempen Cahayakan Biru rakyat malaysia diseru untuk menyalakan lampu berwarna biru sebagai tanda sokongan kepada frontliner dalam memerangi penularan wabak COVID-19
Sumber: Laman Twitter Annuar Musa

Menurut beliau, warna biru dipilih berdasarkan warna petugas perubatan.

“Petugas barisan hadapan bukan sahaja dalam kalangan petugas perubatan tetapi warna yang kita pilih berkaitan perubatan kerana negara sedang memerangi virus iaitu antara aspek dalam bidang itu,” katanya melalui siaran secara langsung di laman Facebook beliau pada 19 April yang lalu.

Beliau mengajak orang ramai untuk bersama-sama memberi penghargaan kepada frontliner dalam memerangi COVID-19 di negara ini.

bersempena Kempen Cahayakan Biru rakyat malaysia diseru untuk menyalakan lampu berwarna biru sebagai tanda sokongan kepada frontliner dalam memerangi penularan wabak COVID-19
Kredit: Sinar Harian

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> [Video] Terokai Disneyland Secara Virtual Hanya Dari Ruang Tamu

Beliau turut memberitahu bangunan utama di pusat bandar seperti Saloma Link, Menara Berkembar Petronas dan Menara One KL akan memasang lampu pada 30 April.

bersempena Kempen Cahayakan Biru rakyat malaysia diseru untuk menyalakan lampu berwarna biru sebagai tanda sokongan kepada frontliner dalam memerangi penularan wabak COVID-19
Sumber: Sinar Harian

“Ini juga merupakan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan di seluruh dunia kerana masalah ini merupakan pertarungan yang dilalui rakan-rakan kita di negara lain,” katanya.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here