Elakkan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja dan amalkan rutin pembersihan baru di pejabat antara penjagaan diri yang perlu diambil selepas PKP.

Seperti yang kita ketahui perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Justeru, PKP telah terbukti membuahkan hasil yang positif di mana aliran kes jangkitan COVID-19 di negara ini menunjukkan penurunan seperti yang disediakan oleh Jabatan Statistik Malaysia.

statistik kes jangkitan COVID-19 di malaysia dan disediakan oleh Jabatan Statistik Malaysia
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Statistik Malaysia

Malahan berdasarkan Kajian Singapore University of Technology and Design (SUTD) telah meramalkan wabak pandemik COVID-19 di Malaysia bakal berakhir pada awal Mei.

kajian daripada SIngapore University technologies and design menganggarkan Malaysia akan dijangka beransur pulih awal pada awal mei
Kredit: Singapore University of Technology and Design (SUTD)

Oleh itu, selepas PKP pastinya ramai yang akan kembali semula bekerja untuk meneruskan kehidupan mereka seperti sediakala.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Ayuh, Nyalakan Lampu Biru Sebagai Tanda Sokongan kepada Frontliner!

Namun begitu, sebelum kembali semula ke pejabat terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan supaya kedaaan pandemik COVID-19 di negara ini masih terkawal dan tidak menjadi lebih teruk daripada sebelumnya.

Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah:

1. Elakkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja

Penggunaan pengangkutan awam seperti bas, LRT atau teksi untuk ulang alik ke tempat kerja mendedahkan anda kepada risiko jangkitan terutamanya di ruangan yang tertutup dan mempunyai penyaman udara.

Sekiranya terdesak dan perlu juga untuk menggunakan pengangkutan awam, maka anda hendaklah sentiasa memakai topeng muka, patuhi jarak sosial dengan penumpang yang lain, elakkan menyentuh permukaan terdedah ketika sedang menaiki pengangkutan awam dan akhir sekali bersihkan tangan anda menggunakan sanitizer sebelum dan selepas menaiki pegangkutan awam.

Selain menggunakan pengangkutan awam, sebaiknya anda berkongsi kereta bersama dengan rakan-rakan anda dan pastikan dengan kumpulan yang sama. Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan semasa anda pergi dan balik kerja.

perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum kembali ke pejabat selepas tempoh PKP, IA BERTUJUAN BAGI MENGELAKKAN PENYEBARAN WABAK COVID-19 ke tahap yang lebih teruk.
Kredit: stokkete

2. Jaga jarak sosial semasa di pejabat

Persekitaran pejabat yang terbuka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk penyebaran virus. Maka, bagi mengelakkan penyebaran virus berlaku anda hendaklah menjaga jarak sosial semasa di pejabat.

Justeru, pihak pengurusan hendaklah meletakkan penghadang di ruangan kerja di setiap meja pekerja. Selain itu, susunan semula tempat duduk sekurang-kurangnya 1-2 meter adalah perlu bagi memelihara jarak sosial di kalangan pekerja.

Jika perlu kurangkan kakitangan di pejabat pada satu-satu masa. Oleh itu, pihak pengurusan perlulah membuat pembahagian masa bekerja di pejabat bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di pejabat.

Gunakan penanda lantai di sekitar pejabat bagi menunjukkan ruang peribadi setiap pekerja semasa di pejabat. Dengan ini jarak sosial pekerja terpelihara.

perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum kembali ke pejabat selepas tempoh PKP, IA BERTUJUAN BAGI MENGELAKKAN PENYEBARAN WABAK COVID-19 ke tahap yang lebih teruk.
Kredit: Seventyfour images

3. Penggunaan penapis udara di pejabat

Kebanyakan struktur pejabat di Malaysia adalah tertutup dan kebanyakannya menggunakan penyaman udara disebabkan oleh faktor iklim negara ini panas dan lembap.

Justeru, keadaan ruangan pejabat yang tertutup akan menggalakkan penyebaran virus berlaku. Maka untuk mengelakkan perkara ini terjadi adalah lebih baik pihak pengurusan pejabat menyediakan penapis udara yang berkualiti tinggi supaya aliran udara di pejabat lebih bersih dan sihat.

perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum kembali ke pejabat selepas tempoh PKP, IA BERTUJUAN BAGI MENGELAKKAN PENYEBARAN WABAK COVID-19 ke tahap yang lebih teruk.
Kredit: Vladdep

4. Lakukan mesyuarat secara dalam talian

Seperti yang kita ketahui mesyuarat amat perlu bagi memastikan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu organisasi itu berjalan lancar. Namun begitu, mesyuarat yang dilakukan secara fizikal di bilik mesyuarat adalah agak tidak sesuai untuk dijalankan pada masa kini.

Oleh itu, setiap mesyuarat yang ingin dilakukan adalah lebih digalakkan dengan melakukan ia secara dalam talian. Ia bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan seluruh pekerja disamping dapat mengelakkan sebarang jangkitan.

perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum kembali ke pejabat selepas tempoh PKP, IA BERTUJUAN BAGI MENGELAKKAN PENYEBARAN WABAK COVID-19 ke tahap yang lebih teruk.
Kredit: Rido81

5. Rutin pembersihan baru di pejabat

Mungkin rutin pembersihan sebelum ini tidak terlalu ketat, oleh itu rutin pembersihan baru di pejabat perlu dilakukan supaya ia lebih klinikal dan efektif untuk mencegah penyebaran penyakit.

Justeru, semua permukaan yang sering disentuh di pejabat seperti tombol pintu, meja, kerusi, suis lampu, kepala paip, tandas dan lain-lain lagi hendaklah sentiasa dibersihkan dan disinfeksi.

perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum kembali ke pejabat selepas tempoh PKP, IA BERTUJUAN BAGI MENGELAKKAN PENYEBARAN WABAK COVID-19 ke tahap yang lebih teruk.
Kredit: Format Original

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here