Pengusaha ayam panggang Wak Legend di Kuching, Rajit Hairani, tetap gigih menjalankan kerjayanya meskipun mengalami kesukaran penglihatan pada awalnya.

Wak, 46, telah kehilangan daya penglihatannya pada tahun 2007. Semenjak tahun 2004 lagi Wak telah mengalami masalah penglihatan disebabkan oleh kerosakan saraf mata. Namun begitu, beliau tetap gigih menjalankan kerjayanya meskipun mengalami kesukaran pada awalnya.

Kekurangan yang dihadapi tidak menghalang Wak untuk meneruskan kerjayanya sebagai pengusaha ayam bakar.

Berkat usaha dan kegigihan, beliau dikurniakan mata hati untuk memudahkan beliau melakukan pekerjaannya dari menyediakan bara api sehingga memastikan ayam panggang masak sepenuhnya.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Ayuh, Nyalakan Lampu Biru Sebagai Tanda Sokongan Kepada Frontliner!

Hal ini demikian kerana beliau dapat memastikan kematangan ayam yang dipanggang hanya dengan mendengar titisan minyak ketika memanggang.

“Yang paling penting bagi saya adalah mendengar bunyi titisan minyak, berapa kali titisan minyak yang perlu sebelum saya memusingkan ayam dan saya sedar jika ianya sudah masak,” kata Wak semasa ditemubual oleh wartawan Buletin TV3.

Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa bulan Ramadhan ini Wak telah beroperasi di rumah yang terletak di Sungai Maong. Oleh itu, Wak telah melakukan persediaan untuk menyiapkan tempahan pelanggan seawal jam 9 pagi.

ayam panggang wak legend meskipun buta tetapi mampu menghasilkan antara ayam panggang terbaik di kuching sarawak. dengan hanya mendengar titisan minyak Wak boleh tahu ayam panggang sudah masak atau belum

Bagi mematuhi arahan pihak berkuasa supaya jualan bazaar hanya boleh dilakukan secara dalam talian, Wak juga turut membuka tempahan awal sebanyak 3 kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat dan terhad kepada 50 ekor ayam sahaja.

Antara menu jualan yang terdapat di gerai Wak ialah:

  • Ayam Panggang RM20
  • Sayap Ayam RM2.50
  • Nasi Ayam Panggang RM7.00
ayam panggang wak legend meskipun buta tetapi mampu menghasilkan antara ayam panggang terbaik di kuching sarawak. dengan hanya mendengar titisan minyak Wak boleh tahu ayam panggang sudah masak atau belum
Kredit: Ayam Panggang Wak Legend (Facebook)
Pelanggan juga boleh mengambil sendiri tempahan yang telah dibuat dirumah. Selain itu, Wak juga turut menyediakan perkhidmatan COD ke rumah pelanggan dan kadar bayaran adalah sekitar RM3 sehingga RM10 berbeza mengikut kawasan.

Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan anda boleh menghubungi nombor berikut:

Yadee Romani – 016 800 3522

Rohani Omar – 014 898 6898

Nadea Melissa Mohd Davani – 0111 918 7379

Nabil Fatma Hassani – 012 853 2072

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here