Keunikan pakaian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kini telah menjadi bualan netizen, sehingga ada yang mengaitkan ia dengan kuih-muih.

Sejak tahun 2008 lagi telah terdapat Surat Pekeliling yang mewajibkan pemakaian batik Malaysia oleh penjawat awam pada setiap hari Khamis. Maka, ia tidak menjadi suatu yang janggal dalam kalangan masyarakat kita.

Namun begitu, baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai pakaian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sepanjang sidang media harian COVID-19 dijalankan.

Beliau sering mengenakan pakaian batik yang berwarna warni setiap kali sidang media dijalankan. Maka keadaan ini telah mencetuskan pelbagai reaksi oleh warga netizen. Keunikan pakaian beliau telah menjadi bualan sehingga ada warga netizen yang kreatif menyamakan pakaian beliau dengan makanan.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Mahu Kembali Ke Ofis Selepas PKP? Ini 5 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

Berikut antara kreativiti yang dilakukan oleh warga netizen:

1. Kek Seri Muka

Keunikan Pakaian datuk sri ismail sabri yaakob telah telah meningkatkan kreativiti netizen sama kan baju batik beliau dengan Kuih Seri Muka
Kredit: PinkBlush Yuyu

2. Kek Lapis Sarawak

Keunikan Pakaian datuk sri ismail sabri yaakob telah telah meningkatkan kreativiti netizen sama kan baju batik beliau dengan Kek Lapis Sarawak
Kredit: PinkBlush Yuyu

3. Kuih Apam Polkadot

Keunikan Pakaian datuk sri ismail sabri yaakob telah telah meningkatkan kreativiti netizen sama kan baju batik beliau dengan apam polkadot
Kredit: Food Hunterz

4. Smoothie Avocado

Keunikan Pakaian datuk sri ismail sabri yaakob telah telah meningkatkan kreativiti netizen sama kan baju batik beliau dengan smoothie avocado
Kredit: PinkBlush Yuyu

5. Jagung Cincau

Keunikan Pakaian datuk sri ismail sabri yaakob telah telah meningkatkan kreativiti netizen sama kan baju batik beliau dengan jagung cincau
Kredit: Food Hunterz

Ianya pasti mengiurkan tambahan pula rakan-rakan muslim kita kini sedang menjalankan ibadah puasa maka pasti ramai yang tidak sabar menunggu waktu berbuka selepas melihat gambar-gambar ini.

Meskipun ia telah tular di seluruh Malaysia namun Menteri Keselamatan tidak berkecil hati dengan gurauan netizen keatasnya. Malahan beliau memuji kreativiti warga netizen dan tidak menyangka beliau telah menjadi model kuih dan ais krim, katanya melalui laman Facebook rasmi beliau.

“Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh mueh. Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan ice cream pulak. Terima kasih warga net kerana menghiburkan bukan sahaja saya tapi seluruh rakyat Malaysia. Selamat berbuka puasa dengan kueh mueh baju saya ya,” kata beliau di Facebook rasminya.

Keunikan Pakaian datuk sri ismail sabri yaakob telah telah meningkatkan kreativiti netizen sama kan baju batik beliau dengan makanan dan minuman
Sumber: Laman Facebook Rasmi Ismail Sabri Yaakob

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here