Masak lemang menggunakan tin aluminium sangat memudahkan, namun begitu, tindakan ini turut mampu menjejaskan kesihatan diri.

Sedar tak sedar tinggal dua minggu lagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Pastinya ramai telah berfikir juadah apa untuk dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Rakyat Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri nanti mungkin terpaksa beraya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun begitu, ia tidak menghalang anda untuk meraikan hari kemenangan ini bersama ahli keluarga yang terdekat.

juadah hari raya aidilfitri seperti ketupat lemang rendang dan serunding
Kredit: Laman Web Rasa

Cakap je pasal raya pasti ramai yang membayangkan juadah ketupat, lemang, rendang dan lain-lain lagi dihidangkan di atas meja. Tetapi bagi rakan-rakan yang akan beraya di tengah bandar mana nak cari buluh untuk buat lemang?

pembakaran lemang secara tradisional menggunakan buluh dan dibakar dengan menggunakan arang
Kredit: Media Permata

Haa.. Bagi memudahkan kerja baru-baru ini terdapat isu viral di mana netizen telah membuat suatu inovasi dengan menggunakan tin aluminium sebagai pengganti buluh untuk membuat lemang.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Covid-19: Norma Baru PKPB, Kenali 2 Jenis Topeng Muka Untuk Cegah Jangkitan

Posting tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Namun lain pula yang jadi apabila laman rasmi Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengulas tindakan tersebut.

Pihak KKM menyatakan bahawa penggunaan tin aluminium untuk memasak lemang adalah sesuatu yang tidak selamat. Hal ini kerana penggunaan tin aluminium pada suhu yang panas akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimia pada makanan.

Penggunaan Tin aluminium untk memasak lemang adalah tidak selamat menyebabkan tindak balas kimia mengakibatkan risiko penyakit seperti alzheimer
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain itu, Dr. Fatimah Salim, pensyarah dan ahli kimia dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut mengulas lebih lanjut mengenai penggunaan tin aluminium dalam masakan di laman Facebook peribadi beliau. Menurutnya, penggunaan tin aluminium dalam masakan adalah tidak digalakkan kerana ia merupakan sejenis logam yang reaktif.

Maka haba masakan yang tinggi dan pendedahan secara berterusan akan menyebabkan bahan masakan akan bertindak balas dengan bahan kimia binaan tin tersebut. Tindak balas ini juga boleh berlaku dengan cepat apabila masakan tersebut bersifat asidik atau basik.

Penggunaan Tin aluminium untk memasak lemang adalah tidak selamat menyebabkan tindak balas kimia mengakibatkan risiko penyakit seperti alzheimer
Kredit: Daily Makan

Pembebasan jumlah aluminium yang terlalu banyak akan mencemarkan masakan sehingga mampu menjejaskan kesihatan dan turut mengakibatkan masalah kesihatan berkaitan saraf, tulang, dan otak terutamanya kepada kanak-kanak autisme dan pesakit Alzheimer.

Oleh itu, pastikan anda tidak mencuba memasak lemang tin yang sedang tular di media sosial kini. Sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here